Hibah Takaful

Hibah Takaful


 
hibah takaful terbaik

Pastinya ramai dalam kalangan kita, sudah sering mendengar atau terjumpa dengan perkataan ‘hibah takaful’. 

Atau ada juga yang mungkin sudah pernah diberi penerangan berkenaan hibah takaful tetapi masih samar-samar pemahamannya berkenaan topik ini.

Jadi, jomlah saya terangkan serba sedikit berkenaan hibah takaful ini dengan bahasa yang mudah difahami.

 



Yang pertama, kita kena faham maksudnya dulu. Hibah tu apa? Takaful tu apa? Hibah takaful tu apa pulak?

 

Hibah dalam bahasa mudahnya, suatu pemberian daripada pemberi hibah kepada penerima hibah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kita nak bagi kat orang tu sebab kita sayang dan juga sebagai ‘hadiah’ untuk memudahkan hidup penerima itu nanti, selepas kita dah tiada lagi di dunia ini.

Yang bestnya tentang hibah ni, kitab oleh bagi kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki, sama ada orang itu mempunyai pertalian darah atau pun tidak, muslim atau bukan muslim, kawan, anak angkat dan sebagainya. 

Yang paling utama untuk diberikan dan biasanya sangat-sangat disyorkan untuk diberi hibah, semestinya orang yang paling dekat dengan kita, contohnya isteri dan anak-anak.

Dengan pemberian hibah ini, maka harta yang dihibah itu, akan terkeluar daripada pembahagian pusaka dan harta tarsebut tidak perlu  difaraidkan.

 

Takaful tu apa ya?

Dalam bahasa paling mudah, takaful bermaksud kita join satu kumpulan ni dan ahli-ahli dalam kumpulan tadi saling bantu-membantu antara satu sama lain apabila ada musibah yang menimpa seperti sakit atau pun kematian. Ahli-ahli mencarum sejumlah wang setiap bulan dan pampasan kewangan akan diberikan kepada ahli yang ditimpa musibah apabila diperlukan.

 


hibah takaful


Seterusnya jom kita fahamkan maksud hibah takaful pula.


Hibah takaful ialah pemberian manfaat polisi takaful dalam bentuk sejumlah wang pampasan kematian kepada penerima hibah yang dipilih semasa hidup pemberi hibah. Hibah ini adalah dalam bentuk tertangguh kerana hanya selepas kematian pemilik polisi, barulah wang pampasan dihibahkan kepada penerima melalui tuntutan oleh waris yang dinamakan sahaja.

Mudah faham, dalam konsep hibah takaful, pemberi hibah akan sign-up polisi hibah yang dikehendaki semasa masih hidup dan dalam tu akan dinyatakan siapa penerima hibah. Penerima hibah akan menerima wang pampasan hibah hanya setelah berlaku kematian pemberi hibah tadi.

Hibah jenis ini tidak sama dengan hibah dalam bentuk harta tidak alih seperti rumah, yang mana pertukaran pemilikan berlaku semasa pemberi hibah masih hidup.

 

Ok. Jelas setakat itu?


hibah takaful


 

Jom kita renung-renungkan sekejap, kenapa hibah takaful ni penting?

Ramai kat luar sana yang sekejap rasa nak ambil, sekejap rasa tak perlu. Tapi macam biasalah kalau nak buat sesuatu keputusan hidup, kena fikir dulu sekejap, tak boleh nak ikut orang macam tu je.

Tadi dah fahamkan maksud hibah takaful, sekarang kita fikir jap kenapa perlu ambil polisi hibah takaful?

 

Kenapa Hibah Takaful?

 

1.    Duit simpanan kita bukanlah banyak mana pun untuk ditinggalkan

2.  Hutang kita yang tidak melibatkan bank, ada lagi tak selesai. Hutang bank tak apa, kalau mati, ada takaful yang akan jelaskan. Hutang yang lain-lain tu haa, macam mana nak bayar kalau mati?

3. Isteri dan anak-anak macam mana kalau kita mati? Kalau yang bujang dan menyara keluarga, tanggungan macam mana nanti?

4.  Bagi ibubapa yang dah berusia, kita taknak anak-anak bergaduh berebut harta pusaka selepas kematian kita

5. Bagi para suami, sedar atau tidak yang segala harta dalam bentuk duit dan rumah, termasuk yang diduduki bersama anak isteri sekarang, semuanya akan difaraid selepas kematian anda?

 

Point penting di sini, hibah takaful ini adalah persediaan terbaik yang boleh kita lakukan untuk memudahkan urusan diri sendiri dan orang-orang tersayang yang ditinggalkan selepas kematian kita nanti. Kita tinggalkan duit untuk anak isteri atau tanggungan kita, supaya mereka boleh ‘survive’ dengan baik selepas kita dah tak ada nanti.

 

Nak lebih jelas dengan kepentingan hibah takaful ni, kita lihat dulu beberapa situasi di bawah:

 

1.       Encik Amir, kerja kuli biasa, hidup dengan gaji sederhana, sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Ditakdirkan mengalami kemalangan maut semasa ingin ke tempat kerja. Wang simpanan langsung tidak ada kerana hidup di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi. Isteri Encik Amir surirumah sepenuh masa dan hanya menjalankan perniagaan online kecil-kecilan.

Apakah nasib anak dan isteri selepas punca pendapatan utama, iaitu gaji bulanan Encik Amir, sudah terputus selepas kematiannya? Banyak perbelanjaan diperlukan untuk menyara kehidupan selepas ini, banyak hutang perlu diselesaikan dan ahli keluarga arwah suami sudah mula ‘berbunyi’ berkaitan rumah yang diduduki sekarang dan juga wang KWSPpeninggalan arwah.

 

Sekiranya Encik Amir semasa hayatnya, mengambil polisi hibah takaful, pastinya urusan anak isterinya lebih mudah dan tidak perlu hidup menderita kerana masalah wang dan perebutan harta.

 

Encik Amir bukan sahaja meninggalkan anak isteri tanpa harta dan wang belanja, tetapi dia juga mempunyai hutang dengan manusia dan juga Allah. Selepas kematian, ada beberapa pihak yang datang menuntut hutang dan perlu diselesaikan dengan kadar segera. Sebelum ini, hutang dibayar secara ansuran menggunakan gaji bulanan. Hutang dengan Allah juga ada. Encik Amir masih belum menunaikan haji.

Jadi dengan acara apakah isterinya nak lunaskan kesemua hutang-hutang ini?

 

Dengan adanya hibah takaful untuk isteri atau tanggungan yang ditinggalkan, masalah ini dengan mudah dapat diselesaikan kerana wang pampasan kematian tadi dapat digunakan untuk menyelesaikan urusan-urusan si mati terlebih dahulu dan kemudian baki yang tinggal dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan harian untuk sementara waktu.


Situasi kedua:

 

2.       Ibubapa yang sudah uzur dan mempunyai sedikit harta, pastinya risau berlaku perebutan harta selepas kematian mereka. Bergaduh adik-beradik berebutkan harta. Dan urusan pembahagian faraid bukanlah mengambil masa yang singkat. Ada tempoh masanya dan pastinya ada kos-kos yang perlu ditanggung.

Jadi, instrumen pengagihan harta secara hibah takaful, memastikan setiap anak akan mendapat bahagian yang memuaskan dan juga urusan-urusan selepas kematian dapat diuruskan dengan baik oleh waris-waris yang tinggal dalam tempoh masa yang singkat.

 

Contohnya:

Pakcik Munir sudah terlantar sakit bertahun-tahun. Mempunyai 3 orang anak lelaki, 2 perempuan dan seorang isteri. Ada sedikit harta, rumah serta tanah.

 

Anak Pakcik Munir yang faham kepentingan hibah takaful, telah mencarum menggunakan nama Pakcik Munir setiap bulan. Mereka telah berkongsi membayar jumlah caruman setiap bulan.

 

Selepas kematian Pakcik Munir, wang pampasan digunakan untuk menyelesaikan urusan si mati seperti urusan pengebumian,hutang agama seperti nazar atau pun haji, hutang-hutang selain hutang bank, kos pengurusan faraid dan kemudian diagihkan sesama ibu dan adik beradik yang lain.

 

 

Jadi, daripada situasi-situasi di atas, jelas di sini yang   hibah takaful sangat membantu kelangsungan kehidupan waris selepas kematian supaya kebajikan dan perbelanjaan harian tidak terjejas. Hibah takaful akan menjadi aset tunai segera untuk yang tersayang menguruskan apa yang patut diselesaikan dan menjadi ‘talian hayat’ paling penting untuk meneruskan kehidupan selepas ketiadaan ketua keluarga dan kehilangan punca pendapatan utama.

 

Kelebihan Buat Hibah Takaful 


hibah takaful terbaik


 

1.       Tidak terikat dengan hukum Faraid yang penyelesaiannya mengambil masa panjang dan kaedahnya lebih rumit untuk diselesaikan. Dalam kes hibah takaful, penerima hibah hanya perlu berurusan di pejabat syarikat takaful terdekat sekiranya berlaku kematian pemberi hibah.


2.       Urusan mudah, cepat dan ringkas dan wang pampasan hibah takaful boleh diperolehi dalam masa 7 hingga 30 hari, bergantung kepada seawal mana tuntutan dibuat. Semua dokumen yang diperlukan perlulah diserahkan dengan lengkap bagi menjamin kelancaran urusan tuntutan.


3.       Wang pampasan hibah yang akan menjadi sumber kewangan pantas  bagi meneruskan kehidupan selepas kematian pemberi hibah kerana, jIka berlaku kematian, semua harta dan akaun si mati akan dibekukan sementara bagi urusan wasiat atau faraid. Hibah Takaful akan menjadi  instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.


4.       Penama adalah penerima mutlak. Kalau isteri yang dijadikan penama, wang pampasan ini akan jadi hak mutlaknya seorang tanpa boleh dituntut atau dicabar melalui sistem faraid. Tak perlu berunding dengan waris-waris yang lain.


5.        Kalis konflik dan perebutan harta sesama ahli keluarga, kerana sudah jelas hak mutlak masing-masing. Pemberi hibah boleh menetapkan berapa banyak yang akan diberikan dan kemudian diuruskan oleh syarikat pemegang Amanah( dalam kes hibah dengan tujuan penggantian pusaka).


6.       Hibah takaful tidak boleh dipertikai, dicabar atau dituntut oleh sesiapa pun dan tidak boleh dibawa untuk bantahan atau direbut, berdasarkan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI(akta perkhidmatan kewangan Islam) 2013.

7.       Urusan tuntutan tidak memerlukan anda untuk melantik peguam/wakil, sebaliknya hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan AIA terdekat dan bawa dokumen berkaitan bagi membuat tuntutan. Hanya penama yang dinamakan dalam polisi sahaja yang boleh menuntut.


 

Berapa banyak nak dihibahkan?

 

hibah takaful

Jawapannya, kena buat kira-kira sedikit.

Senaraikan perbelanjaan bulanan anda dan juga senarai hutang-hutang atau perkara lain yang perlu diselesaikan sekiranya berlaku kematian.

Kemudian, anda tentukan pula berapa lama anda inginkan wang pampasan itu untuk dapat bertahan.

 

Kita tengok contoh kiraan di bawah ni ya.

 

Belanja rumah keseluruhan termasuk makan minum, minyak kereta, belanja sekolah, yuran sekolah swasta anak-anak bernilai RM5000  sebulan.

 

 Jadi, untuk anak-anak dan isteri anda survive dalam tempoh 5 tahun pertama selepas kematian anda, jumlah wang yang diperlukan ialah

 

RM5000 x (12 BULAN X 5 TAHUN) = RM300 000

 

Kiraan ini belum termasuk hutang-hutang lagi ya. Kalau termasuk hutang, atau pun anda inginkan wang pampasan hibah takaful bertahan lebih lama untuk keluarga anda, maka jumlah yang perlu disediakan mestilah lebih lagi. 

Senaraikan juga keperluan pendidikan yang boleh diwariskan kepada anak anak contohnya untuk anak masuk ke institusi pengajian tinggi, modal sekurang kurangnya RM30K diperlukan.

Nak lebih selamat, pilihlah polisi 500 000 ke atas. Paling best, 1 juta terus kalau anda mampu.

 

Anak-anak yang sedang membesar memang perlukan belanja yang banyak. Sakit demam semua pun perlukan duit. Kos sara hidup sekarang yang semakin meningkat setiap tahun, menjadikan belanja bulanan pun akan turut meningkat. 

Tu belum termasuk lagi belanja perubatan kalau anak isteri sakit, penyelenggaraan kereta dan juga ‘emergency fund’ sekiranya ada kejadian-kejadian di luar jangkaan berlaku seperti bencana alam, kemalangan atau kebakaran.

Pada zaman ini, semuanya perlukan duit. Duit bukanlah segalanya tapi segala-galanya perlukan duit, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah ke urusan yang lebih besar.

Jadi, renung-renungkan dan kira dengan bijak berapakah amaun wang yang patut anda tinggalkan untuk anak isteri nanti.


 

Dah panjang lebar saya terangkan berkenaan kepentingan hibah takaful.

Rasanya semua yang membaca ni, mesti dah nampak gambaran yang lebih jelas, kan?

Tapi, macam mana pula nak decide hibah takaful yang mana paling sesuai? Nak ambil polisi yang mana?

 

Di bawah ni, saya senaraikan kaedah untuk memilih hibah takaful yang terbaik untuk anda.

1.       Tentukan jumlah pampasan hibah takaful  yang diinginkan


2.       Tentukan jumlah bayaran bulanan yang sanggup dikeluarkan setiap bulan tanpa gagal, pastikan mampu bayar tanpa mengganggu belanja bulanan yang lain, janganlah sampai merana semasa hidup sebab nak cukupkan bayaran yang tak berapa mampu nak dibayar


3.       Fahami keseluruhan plan takaful yang diminati. Baca dan teliti sendiri terlebih dahulu dan dapatkan penerangan lanjut daripada perunding takaful.


4.       Pilih perunding takaful yang ‘sedia berkhidmat’ untuk anda dan mudah dihubungi serta berpengetahuan luas dalam bidang ini.  Pilih ejen takaful yang boleh bertindak sebagai penasihat kewangan dan boleh menyesuaikan plan terbaik dengan keperluan dan kemampuan anda. Ejen takaful yang baik juga seharusnya mampu menyediakan  khidmat-selepas-jualan (after sale service) yang baik supaya anda boleh rujuk kembali apabila diperlukan.


5.       Teliti perkara-perkara di bawah ini sebelum nak sign- up nanti :

  • Pilih manfaat yang diperlukan dan risiko yang ingin dilindungi
  • Apa manfaat yang ditawarkan oleh syarikat takaful
  • Tentukan tempoh perlindungan yang dikehendaki
  • Kelebihan dan kekurangan sesuatu plan takaful
 
 

Sebenarnya tidak ada istilah “hibah takaful terbaik”, kerana , plan perlindungan  takaful yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat takaful  adalah hampir sama sahaja secara asasnya kerana dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mungkin akan ada sedikit perbezaan dalam bentuk  tawaran istimewa untuk membezakan produk mereka dengan pesaing lain, namun kerangka asasnya akan tetap sama.




hibah takaful


 

 

Kesimpulannya, menjadi kewajipan ketua keluarga untuk menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga yang ditinggalkan selepas kematian.Bagi yang tidak mempunyai simpanan yang banyak,  hibah takaful adalah instrumen kewangan terbaik bagi memudahkan urusan keluarga  selepas kematian anda.

Bagi memilih hibah takaful terbaik, kenalpasti apa kemampuan diri sendiri untuk membayar setiap bulan dan berapa amaun wang yang diperlukan oleh keluarga sekiranya sesuatu terjadi kepada anda.

 

Bersedialah dari awal dengan meninggalkan sedikit ‘bekalan wang’ buat anak isteri selepas kematian kita. Insyaallah kita tenang di alam sana dan anak isteri pun tidak akan hidup meminta-minta dan melarat selepas ketiadaan kita di dunia ini.

Terdapat banyak pilihan  plan hibah takaful di luar sana dan setiap satunya hadir dengan keistimewaan masing-masing. Terpulang kepada anda untuk menilai mana yang paling baik dan sesuai bagi anda, bergantung kepada kedudukan kewangan semasa anda dan keperluan keluarga untuk masa akan datang.

 

Jangan tunggu terlalu lama untuk buat keputusan plan mana yang sesuai kerana malang selalunya tidak berbau dan kematian  boleh hadir tiba-tiba sahaja.

Jadi, baiklah sediakan payung sebelum hujan.

 

Hubungi saya untuk quotation percuma hibah takaful

Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)


Kini anda boleh apply secara online. Saya bantu anda, jom....Plan now!

5 Info diperlukan:

1) Nama Penuh
2) Tarikh lahir
3) Jawatan Pekerjaan
4) Taraf merokok: ya/tidak
5) Jumlah Hibah Diperlukan: 50K/100K/500K/lain?

Contoh;

Ali bin Wahab
11/4/1990
Engineer Elektrik Kuasa
Tidak merokok
RM100K

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/HibahTakaful
whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/HibahTakaful
whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/HibahTakaful


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan