Keburukan dan Kelemahan Hibah Takaful

 

 

keburukan hibah takaful

Memahami konsep hibah

Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.

Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.

 

Hibah takaful boleh difahami sebagai :

Hadiah berbentuk sejumlah wang pampasan yang diberikan oleh syarikat takaful kepada ahli waris (penerima) setelah disahkan penyumbang sijil takaful meninggal dunia ataupun mengalami cacat kekal.

 

Keburukan dan Kelemahan Hibah Takaful

 

Walaupun menyediakan hibah takaful untuk keluarga tersayang selepas kematian adalah sesuatu yang sangat baik,

 tetapi,

 tanpa perancangan yang betul, pemberian hibah ini boleh menjadi satu musibah dan malapetaka kewangan buat kita dan juga keluarga yang ditinggalkan.


Apakah keburukan dan kelemahan hibah takaful ini?

 

  • Penerima hibah tidak pandai menguruskan wang
kelemahan hibah takaful


Bayangkan seseorang yang tidak pernah menerima wang dalam kuantiti yang sangat banyak, tiba-tiba di dalam akaunnya ada RM500 000 wang hibah.

Ya, dia tahu itu wang hibah untuk tujuan menyara hidup selepas ketiadaan anda. Tetapi, adat manusia, mudah gelap mata dengan wang.

Nampak 500 000 tu macam banyak dan boleh bertahan lama, tapi percayalah ada kes-kes penerima hibah menghabiskan duit itu dalam tempoh yang singkat sahaja kerana

  • berbelanja untuk perkara tidak perlu
  • Pinjamkan duit kepada keluarga atau kawan
  • Tidak berbelanja mengikut bajet bulanan sebelum ini (overspend)

 

Penerima hibah tidak wajib melunaskan segala hutang si mati


Duit hibah yang diterima penerima hibah, contohnya isteri anda, akan menjadi hak mutlak dirinya.

Walaupun anda mempunyai hutang yang belum dilunaskan selepas kematian, waris anda tidak wajib untuk menggunakan duit hibah bagi menyelesaikan hutang-hutang anda.

Bayangkan situasi orang menghadiahkan sejumlah wang kepada anda, dan kemudian anda diminta untuk membayar hutang orang itu menggunakan wang hadiah yang anda terima. Anda akan bayar tak?

Begitulah situasinya yang mungkin terjadi dalam kes hibah ini.

 

Kes kematian

kelemahan hibah takaful


 Jika pemilik polisi ( pemberi hibah ) meninggal dunia serentak dengan penerima hibah, duit itu akan dibekukan dan perlu diagihkan secara  faraid.

Contoh. Si suami ambil takaful, lalu namakan isteri sebagai penerima hibah dan kemudian kedua-duanya meninggal akibat kemalangan. Apa akan jadi pada hibah tadi?

Duit itu akan diagihkan ikut faraid si isteri. Anak-anak tidak akan dapat sepenuhnya duit hibah itu walaupun sebenarnya merekalah paling memerlukan duit itu untuk kelangsungan hidup dan belanja pendidikan. 

Waris-waris lain yang tak berapa perlukan duit itu pula yang akan dapat bahagian faraid daripada hibah tu nanti. Kesian anak-anak. Kalau waris yang faham agama, mungkin mereka akan sudi lepaskan bahagian faraid mereka untuk diserah kepada anak-anak si mati, tetapi biasanya jarang berlaku macam tu. Bila dah dapat duit, tak adanya nak bagi balik duit tu untuk yang lebih memerlukan.

 

Kes Penama Bawah Umur


hibah takaful AIA


 Penerima hibah di bawah usia 18 tahun tidak boleh mengeluarkan duit hibah dan memerlukan pemegang amanah harta sementara menunggu usia 18 tahun.

Bayangkan jika anda meninggal dunia ketika anak anda masih kecil, pastinya sangat lama nak tunggu usia 18 tahun tu.

Kalau anda letakkan nama anak sebagai penerima hibah dan berlaku kematian diri anda, sangatlah kasihan pada anak itu kerana tak boleh guna pun duit tu untuk meneruskan hidup, selagi belum mencapai usia 18 tahun.

 

 

 Kes cacat kekal


hibah takaful AIA


Bayangkan anda ditakdirkan sakit atau mengalami kemalangan sehingga hilang upaya (total permanent disability).

Dalam kes ini, duit pampasan akan dibayar terus kepada anda kerana anda masih hidup. Tetapi, anda sudah hilang upaya untuk menguruskan apa yang patut ketika itu.

Anda memerlukan duit bagi belanja perubatan dan penjagaan harian di rumah.

Anda juga sudah tidak mampu lagi untuk bekerja seperti biasa dan hilang punca pendapatan. Pada masa itu, yang tinggal hanyalah simpanan( sekiranya ada) dan juga duit pampasan takaful yang diterima.

Jika anda memiliki pasangan yang baik dan jujur, mungkin tiada isu yang akan timbul. Tetapi cuba bayangkan sekiranya pasangan anda menyalahgunakan duit takaful yang diterima dan akhirnya tiada apa yang tinggal untuk anda menguruskan diri anda yang terlantar dan sekiranya anda meninggal dunia, apa pula yang akan terjadi kepada keluarga anda?

 

 

 

hibah takaful AIA

Polisi Hibah Takaful sepatutnya menjadi satu perancangan kewangan yang akan memberikan ketenangan fikiran kepada pemegang polisi seandainya berlaku musibah yang tidak diingini.

Walaubagaimanapun, perlu juga direnung dan difikirkan berkenaan situasi-situasi yang mungkin berlaku sekiranya hal hibah tidak diuruskan dengan betul dari awal lagi. Terdapat banyak kelemahan dan keburukan sekiranya anda hanya mengambil polisi hibah takaful tetapi hanya berniat menyerahkannya bulat-bulat kepada penama/ bakal penerima hibah yang anda namakan.

Jadi apakah solusinya?

 

Takaful Trust atau Amanah Takaful akan menjadi pelengkap dan pelindung hibah anda.

Caranya ialah, anda menamakan syarikat amanah sebagai pemegang amanah untuk polisi hibah takaful. Kemudian, nyatakan dengan jelas bagaimana anda mahu wang hibah itu diurus dan diagihkan nanti selepas berlaku  kematian atau kejadian tidak diingini ke atas diri anda. 

Anda boleh tentukan sebanyak mana yang ingin dilaburkan dan sebanyak mana pula yang akan disalurkan kepada waris. Anda juga boleh menyatakan berapa banyak yang ingin anda sedekahkan atau wakafkan. Bahasa mudahnya, anda boleh ‘customize’ pengagihan duit pampasan itu mengikut cara yang paling baik dan dirasakan perlu.

 

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

Catat Ulasan

0 Ulasan