Plan Hibah Takaful Sebagai MLTT Rumah


mrtt vs mltt rumah



Rumah merupakan satu bentuk pelaburan yang sangat baik. Ianya juga adalah aset yang penting untuk keluarga. Suatu hari nanti jika kita sudah tiada, rumah yang kita beli dan duduki sekarang, akan terus menjadi tempat isteri dan anak-anak berteduh. 

Oleh itu semasa kita membeli rumah, kita perlu pastikan pinjaman perumahan tersebut mempunyai perlindungan pinjaman, supaya tidak menyusahkan keluarga dengan hutang sekiranya ditakdirkan berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini ke atas diri kita.


Ketika ini sudah ada bank yang memberikan pinjaman tanpa perlindungan pinjaman perumahan dan ada juga yang menawarkan perlindungan dalam tempoh pendek contohnya hanya cover 5 tahun sahaja, demi mendapatkan harga bayaran bulanan serendah mungkin.

Tahukah anda, perbuatan ini mempunyai risiko yang besar jika kita tidak berhati-hati (under covered)?

 Apa berlaku jika kita pilih minimum perlindungan pinjaman selama 5 tahun sahaja, kemudian berlaku kematian pada tahun ke 6? Adakah waris mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan baki hutang yang bernilai ratusan ribu ringgit ? 

 Di sini, kami akan bincangkan jenis produk takaful pinjaman perumahan, yang akan bertindak melindungi dan memudahkan urusan keluarga anda, sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kepada diri anda.




home loan protection mltt


Maksud MRTT, MLTT, MRTA dan MLTA


Terdapat beberapa jenis perlindungan untuk loan rumah iaitu 

  • perlindungan takaful (MRTT dan MLTT)
  • perlindungan konvensional (MRTA dan MLTA)

MRTT = Mortgage Reducing Term Takaful
MLTT = Mortgage Level Term Takaful
MRTA = Mortgage Reducing Term Assurance
MLTA = Mortgage Level Term Assurance

Anda mungkin tertanya-tanya apakah beza antara MRTT vs MRTA? 

MRTA dan MRTT  adalah produk yang sama, cuma satu dalam versi Takaful, dan satu lagi dalam bentuk insurans konvensional. Fungsi kedua-duanya sama, melindungi jumlah pengurangan pada pinjaman perumahan sepanjang tempoh plan yang diambil.

Sama juga untuk MLTT vs MLTA.

MLTT adalah produk perlindungan versi Takaful dan MLTA pula ialah perlindungan dalam bentuk insurans konvensional.

Keempat-empat perlindungan ni adalah produk perlindungan pinjaman perumahan,  yang memberikan jaminan kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya serius kepada peminjam.

Jika anda ingin membuat pembiayaan rumah secara konvensional, anda boleh pilih MLTA/MRTA. 

Plan perlindungan pinjaman perumahan yang patuh syariah, semestinya dalam bentuk takaful, iaitu MRTT dan MLTT.Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi kewajipan kita untuk memilih bentuk perlindungan jenis ini.


Beza MRTT vs MLTT


Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah produk  Takaful yang  menyediakan sokongan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian.

Yang dimaksudkan dengan ‘mortgage reducing’ (pengurangan gadai janji) dalam MRTT ialah,
 pengurangan jumlah perlindungan mengikut pengurangan jumlah pinjaman perumahan anda.

Pembayaran Takaful pula dibuat sekaligus dan biasanya sudah ditotalkan sekali dalam pinjaman perumahan.

Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya sehingga individu tidak lagi dapat bekerja seperti biasa,MRTT akan membayar baki jumlah pinjaman perumahan terus kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman.


Apa Itu MLTT?

Mortgage Level Term Takaful (MLTT) juga berfungsi untuk memberikan jaminan kewangan kepada keluarga anda, sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan kekal.

Level Term ’ bermaksudjumlah yang dilindungi oleh takaful akan kekal sepanjang tempoh plan diambil.

Apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal sehingga tidak lagi mampu bekerja, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan yang ada terus kepada bank,

tetapi yang istimewanya,

Baki daripada jumlah yang dah dibayar untuk insurans pula akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary).

 MLTT ni bukan saja bertindak melindungi nilai pinjaman perumahan, tetapi turut menyediakan sumber kewangan tambahan pada keluarga yang ditinggalkan.

Bayaran untuk MLTT tidak dikira sekali semasa anda menandatangani dokumen pinjaman perumahan, sebaliknya ia dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan.



Beza mrtt vs mltt Rumah



Perbandingan Kos MRTT dan MLTT


Perbandingan Kos MRTT dan MLTT




Adakah Anda Perlu Mengambil MRTT atau MLTT ini?



Sebenarnya MRTT dan MLTT ini tidak wajib

Tapi persoalan paling penting, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyebabkan anda hilang punca pendapatan dan keupayaan bekerja, siapa nak bayar baki hutang pinjaman perumahan anda?

Anda perlu merancang dan memilih produk perlindungan yang mampu memberikan:

  • Perlindungan pinjaman (utama)
  • Hibah takaful untuk keluarga tersayang (jika anda belum ada pun sebarang hibah takaful keluarga)
  • Perlindungan Waiver (jika berlaku hilang upaya kekal, polisi akan jadi FREE)
  • Faedah perlindungan khas (seperti dalam table di atas)


 Kita semua sedia maklum bahawa pinjaman perumahan biasanya adalah pinjaman paling tinggi dan terbesar dalam hidup kita dan akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

MLTT dan MRTT adalah produk yang penting kerana ia sebagai jaminan ketenangan fikiran sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan kita seperti kematian atau kehilangan upaya kekal. 

MLTT atau MRTT juga bertindak sebagai jaring keselamatan dalam bentuk wang tunai yang berfungsi melangsaikan hutang anda supaya keluarga yang ditinggalkan tidak menanggung beban kewangan yang sangat tinggi.

MLTT atau MRTT adalah keperluan kritikal bagi melindungi keluarga anda pada masa-masa sukar nanti. Bersedia dan buat pilihan yang betul untuk kesenangan keluarga anda kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok atau pada masa hadapan.


Anda patut mendapatkan nasihat kewangan jika terasa ragu-ragu untuk memilih produk mana yang sesuai untuk anda.

Kena ingat juga yang MLTT dan MRTT ni adalah istilah yang merangkumi pelbagai jenis produk dari beberapa institusi berlainan.

Terma dan syarat untuk setiap produk MRTT atau MLTT adalah berbeza mengikut institusi kewangan yang menawarkannya. Sebagai contoh, maksud 'total permanent disability' atau hilang upaya kekal, boleh berbeza-beza mengikut produk dan institusi.

Anda juga perlu mengambil tahu tentang kos, tempoh perlindungan yang ada, dan juga kelayakan untuk mendapat perlindungan, jumlah perlu dibayar, bayaran pendahuluan atau pun bayaran bulanan yang perlu diselesaikan.

Keputusan untuk memilih MRTT atau MLTT bergantung sepenuhnya atas pembeli rumah. Oleh itu, pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada perunding takaful yang bertauliah sebelum membuat keputusan.



FREE QUOTATION (ISLAMIC DAN PATUH SHARIAH)

Kini boleh apply SECARA ONLINE melalui saya.

Sila whatsapp saya untuk mohon quotation percuma. Saya bantu anda, jom....Plan now!

6 Info diperlukan:

Nama Penuh
Tarikh lahir
Jawatan Pekerjaan
Taraf merokok: ya/tidak
Keperluan Coverage Loan Anda: 350K/500k/1juta/1.5juta/lain?
Tempoh loan rumah anda: ? tahun

Contoh;

Ali bin Wahab
11/4/1990
Engineer Elektrik Kuasa
Tidak merokok
RM450K
loan rumah 35 tahun

whatsapp info ke = www.wasap.my/60134555888/AIASmartMLTT



Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.













Catat Ulasan

0 Ulasan