A-Life Kasih Famili

A-Life Kasih Famili
A-Life Kasih Famili

A-Life Kasih Famili

Wow ini adalah berita baik bagi mereka yang belum ada pelan Hibah Takaful, kerana masih mencari pelan yang murah dan mampu milik.

Anda tidak perlu lagi terbeban dengan bulanan yang mahal kerana jumlah pampasan minimum yang tinggi sehingga RM300K, RM500K dan juta. Kadang-kadang, anda hanya perlu serendah RM50K (maksudnya bulanan pun rendah lah).

Lebih baik ada pelan hibah takaful RM50K dengan bulanan RM40++ berbanding pelan takaful RM300K dengan bulanan RM100++  yang anda tak mampu nak bayar kan?

Janji ada pelan hibah takaful, daripada tak buat kerana tak mampu bulanan yang mahal akibat jumlah pampasan yang tinggi (tidak semua orang mampu kan?)

Ini juga adalah berita baik untuk mereka yang telah mengambil pelan medical card murah A-Life Medik Famili.

Pelan A-Life Kasih Famili ini boleh menjadi add on Fungsi Pampasan Nyawa Diri, Pampasan Nyawa Pasangan Isteri atau Pampasan Penyakit Kritikal ke atas pelan medical card sedia ada.


AIA ALife Kasih Famili Hibah Takaful
AIA ALife Kasih Famili Hibah Takaful

Tahukah anda bahawa pelan Hibah Takaful di luar sana selalunya bermula RM100 bulanan.

Kini anda boleh berjimat dengan A-Life Kasih Famili...harga kasih sayang serendah RM36 bulanan...terbaik!!!

 

Kenapa SETIAP KELUARGA perlu ambil Hibah Takaful melalui A-Life Kasih Famili?

- Peninggalan untuk waris teruskan kehidupan. Mereka juga perlu makan, minum, belanja sekolah anak-anak, bayar bil dan macam-macam lagi.
- Cepat dicairkan (seawal 5 hari) berbanding harta pusaka yang perlu melalui perbicaraan dan faraid. Yang pernah lalui akan faham kerumitan ini. Duit bank pun akan dibekukan!
- Warisan untuk isteri dan anak-anak, dengan komitmen serendah RM36 sebulan untuk hibah RM50K. Murah kan?

Situasi semakin MENDESAK apabila:

- Isteri anda SURIRUMAH dan tidak bekerja
- Anda tidak ada banyak tunai dalam akaun bank
- Anda tiada sumber pendapatan lain untuk diwariskan kepada isteri dan anak-anak

Tanggungjawab anda adalah merancang Tabung Kecemasan untuk Keluarga anda!


Kelebihan A-Life Kasih Famili:


1) Pelan Hibah untuk individu yang sangat murah
2) Pelan Hibah bermula minimum RM50K individu dan minimum RM30K untuk pasangan isteri.
3) Pelan Hibah untuk pasangan sekaligus dalam satu pelan tanpa ambil pelan berbeza (A-Plus ProtectSpouse-i). Dalam market belum ada pelan hibah takaful suami isteri sekaligus macam ni. Terbaik ni!
4) Ada pilihan rider A-Plus CriticalCare-i (APCCi) untuk cover jika didiagnos penyakit kritikal.
5) Ada pilihan rider A-Plus Waiver-i (APWi) untuk cover, pengecualian caruman jika didiagnos penyakit kritikal.


Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili
Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili

Contoh pelan individu dan hibah:

Suami mengambil pelan medical card individu A-Life Medik Famili RM100 sebulan.

Atas kesedaran kepentingan hibah dalam A-Life Kasih Famili (RM50K untuk kematian dan TPD dan RM100K jika berlaku kematian akibat kemalangan), maka suami mengambil perlindungan tambahan pelan A-Life Kasih Famili sebanyak RM40 sebulan

Kos bulanan bagi suami untuk memiliki pelan medical card (RM100 sebulan) dan hibah (RM40 sebulan) = RM140 sebulan

* Pelan hibah takaful individu untuk suami, hanya RM40 sebulan
* Nak ambil pelan hibah takaful (A-Life Kasih Famili) sahaja pun boleh...

Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili A-Plus ProtectSpouse-i
Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili A-Plus ProtectSpouse-i

Contoh jika pelan medical card pasangan A-Life Medik Famili, tambah hibah untuk pasangan isteri A-Plus ProtectSpouse-i 

Atas kesedaran kepentingan hibah takaful ke atas isteri, maka Suami telah ambil perlindungan hibah untuk isteri A-Life Kasih Famili (RM50K untuk kematian dan TPD dan RM100K jika berlaku kematian akibat kemalangan) melalui A-Plus ProtectSpouse-i. Ini adalah hibah tambahan ke atas hibah sedia ada suami RM50K untuk kematian dan TPD dan RM100K jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Kedua-dua suami dan isteri ada hibah dalam satu polisi!

Suami coverage RM50K dan isteri coverage RM50K...

Kos bulanan untuk suami dan isteri, memiliki pelan medical card (RM185 sebulan) dan hibah (suami dan isteri sekaligus RM70 sebulan) = RM255

* Pelan hibah takaful pasangan suami isteri baru RM70 sebulan
* Nak ambil pelan hibah takaful (A-Life Kasih Famili) sahaja pun boleh...

A Life Kasih Famili
A Life Kasih Famili


Kepentingan Hibah dan perbandingan Wasiat dan Faraid Harta Pusaka


Tahukah anda, hibah di dalam pelan takaful tertakluk di bawah Akta Kewangan Islam 2013 dimana, waris yang dinamakan dalam polisi akan mendapat hibah takaful tersebut. Dengan ini, proses pemberian hibah tersebut akan menjadi mudah dan lebih cepat (seawal 5 hari). Proses mendapatkan hibah takaful juga tiada sebarang yuran dikenakan.

Bagi harta-harta pusaka yang lain, ia jatuh ke dalam enakmen undang-undang syariah negeri. Anda perlu bicara setiap harta pusaka untuk pembahagian. Perlu diingat juga, terdapat kos dan yuran pentadbir terlibat dalam proses pengurusan pusaka ini di Pejabat guaman, pejabat tanah, pejabat tanah daerah, mahkamah syariah dan mahkamah tinggi.

Harta dalam hibah takaful tidak perlu perbicaraan. Ia terus diberi kepada penama hibah seperti tertulis dalam polisi takaful. Ini mempercepatkan proses penerimaan hibah dan penting untuk kelangsungan hidup keluarga dan waris anda.

Perhatian untuk pelan A-Plus Kasih Famili

Info Umum A-Plus Kasih Famili:

- tempoh perlindungan sehingga 70 tahun
- umur permohonan bermula 16 tahun bagi peserta
- umur permohonan bermula 16 tahun hingga 60 tahun untuk orang dilindungi
- perlindungan hibah (pampasan nyawa) maksimum RM500K sahaja

Tempoh menunggu A-Plus CriticalCare-i (APCCi):

• 60 hari bagi Penyakit Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius Yang Lain, Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Koronari
Arteri.
• 30 hari untuk lain-lain penyakit kritikal
• Jumlah dilindungi rider dan nilai akaun Dana Peserta akan dibayar
sekaligus apabila didiagnosis
• Bagi Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari:
bayaran akan dihadkan kepada 10% Jumlah Dilindungi APCC tertakluk
kepada RM25,000 maksimum (Jumlah Dilindungi APCC akan dikurangkan
dengan amaun jumlah dilindungi yang dibayar)
• Sijil akan ditamatkan apabila 100% jumlah dilindungi rider telah dibayar

Tempoh menunggu A-Plus Waiver-i (APWi):

• 60 hari bagi Penyakit Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius Yang Lain
• 30 hari untuk lain-lain penyakit kritikal


Pengecualian dalam A-Plus Kasih Famili

 

Jika kematian akibat:

- Bunuh diri dalam tempoh satu (1) tahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana
yang lebih kemudian

Kemalangan akibat:

• Serangan atau pembunuhan; atau
• Rusuhan dan keganasan awam, tindakan perindustrian atau kegiatan pengganas; atau
• Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri
semasa siuman ataupun tidak siuman; atau
• Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, atau revolusi; atau
• Perkhidmatan dalam sebarang angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak
diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau
pemulihan ketenteraman awam; atau
• Perlanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; atau
• Terlibat dalam sebarang pergaduhan atau perkelahian; atau
• Kemalangan yang berlaku ketika atau kerana Orang Dilindungi dipengaruhi oleh alkohol, sebarang
dadah yang bukan dipreskipsikan atau dadah haram.

 

TPD akibat:

• Pendedahan sengaja terhadap bahaya atau percubaan untuk pembinasaan diri atau kecederaan
diri yang disengajakan semasa siuman atau tidak siuman; atau
• Perkhidmatan dalam angkatan tentera dalam masa diisytiharkan atau tidak diisytiharkan perang
atau semasa di bawah arahan operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
atau
• Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang peralatan atau kenderaan udara kecuali sebagai
penumpang berbayar atau pekerja dalam syarikat penerbangan komersil yang berada dalam
perjalanan penumpang yang berjadual dan biasa melalui laluan penumpang yang telah
ditetapkan; atau
• Sebarang kecacatan kongenital yang telah wujud dan didiagnoskan sebelum umur 17 tahun; atau
• Hilang Upaya sedia ada akibat dari keadaan fizikal atau mental

Penyakit Kritikal akibat:

• Keadaan sedia ada sebelum Tarikh Sijil Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana yang
lebih kemudian; atau
• Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Koronari Arteri, Penyakit Koronari Arteri
yang serius dan Angioplasti dan Rawatan Invasif yang lain untuk Penyakit Koronari Arteri,
di mana tanda-tanda atau simptomnya bermula dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Sijil
Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana yang lebih kemudian; atau
• Semua Penyakit Kritikal di mana tanda-tanda dan simptomnya bermula dalam tempoh 30
hari selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana yang lebih kemudian;
atau
• Penyakit Kritikal yang didiagnoskan secara langsung atau secara tidak langsung disebabkan
oleh kecacatan atau penyakit kongenital yang telah wujud atau telah didiagnoskan sebelum
umur 17 tahun; atau
• Diagnosis Fulminant Viral Hepatitis, Kanser, Ensefalitis, Meningitis Bakteria, Penyakit
Alzheimer / Demensia Parah atau Penyakit Terminal yang disebabkan oleh Sindrom
Imunodifisiensi yang Diperolehi (AIDS) atau jangkitan oleh sebarang Virus Imunodifisiensi
Manusia (HIV)


Anggaran Bayaran Tahunan A-Life Kasih Famili RM50K (Normal dan tidak merokok)


Harga Pelan Individu Lelaki A-Life Kasih Famili
Harga Pelan Individu Lelaki A-Life Kasih Famili


* Harga caruman setahun A-Life Kasih Famili RM50K

Harga Pelan Individu Wanita A-Life Kasih Famili
Harga Pelan Individu Wanita A-Life Kasih Famili
* Harga caruman setahun A-Life Kasih Famili RM50K

Harga Pelan Pasangan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili
Harga Pelan Pasangan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili
* Harga caruman setahun A-Life Kasih Famili untuk pasangan suami isteri (suami RM50K + isteri RM50K)
* Contoh suami 30 tahun, isteri 25 tahun, maka = caruman tahunan RM753 (baru anggaran RM63 sebulan untuk hibah takaful dua orang pasangan suami isteri). Murah kan?

 

 

 

Kesimpulan A-Life Kasih Famili


1) Pelan Hibah Takaful paling murah
2) Lebih jimat jika ambil A-Plus ProtectSpouse-i untuk lebih protection (tambah isteri untuk ada hibah serendah RM30K). Tak perlu lah ambil banyak polisi setiap orang, yang mana setiap polisi harga beratus-ratus.
3) Serendah RM50K yang mana bermaksud paling murah kan? Bila ada duit, anda boleh upgrade dari masa ke semasa dalam gandaan RM1000. Tak perlu sampai puluh ribu. Jimat kan pelan ni? Ia memahami keperluan kewangan anda!
4) Untuk tambah hibah takaful isteri (A-Plus ProtechSpouse-i) serendah coverage RM30K. MLagi murah kan?
5) Anda boleh tambah secara optional jika ada keperluan, coverage pampasan penyakit kritikal melalui rider A-Plus CriticalCare-i. Pun tak mahal mana...best kan?




Jika bajet anda dah ok, saya sangat sarankan anda ambil pelan A-Life Kasih Famili ini sebagai pelan Hibah Takaful untuk keluarga anda. Ia jimat dan mampu milik! Sangat recommended bro! 

Lebih baik ada daripada tiada langsung Hibah Takaful

Download Brochure A-Life Kasih Famili <SINI>


Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA

 


Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)

Kini anda boleh apply secara online. Saya bantu anda, jom....Plan now!

5 Info diperlukan:

1) Nama Penuh
2) Tarikh lahir
3) Jawatan Pekerjaan
4) Taraf merokok: ya/tidak
5) Jumlah Hibah Diperlukan: 50K/100K/500K/lain?

Contoh;

Ali bin Wahab
11/4/1990
Engineer Elektrik Kuasa
Tidak merokok
RM100K

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/HibahKasihFamili
whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/HibahKasihFamili
whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/HibahKasihFamili


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.