Hibah Takaful Terbaik

hibah takaful terbaik

Hibah Takaful Penting Dalam Perancangan Kewangan Keluarga

Apakah hibah takaful? Macam mana nak apply? Apa kebaikan hibah takaful? Apa kelemahan hibah takaful? 

Ya, anda berada di tempat yang betul untuk menjawab semua soalan ini.


Maksud Hibah

Hibah adalah pemberian harta secara sukarela oleh pemilik harta, tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada penerima harta. Ia adalah satu bentuk tanda kasih sayang daripada si pemberi kepada penerima.

Pemberian  hibah tidak dihadkan kepada waris atau yang mempunyai pertalian darah sahaja, tetapi Hibah juga  boleh diberi kepada rakan, anak angkat atau pun penerima bukan Islam.

Dengan pemberian hibah ini, maka harta yang dihibah itu, akan terkeluar daripada pembahagian pusaka dan harta tarsebut tidak perlu  difaraidkan.

 

Maksud Takaful

 Dalam konsep islamik, takaful merupakan permuafakatan sekumpulan pencarum untuk saling mejamin dan membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui dalam kalangan mereka, contohnya memberi pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan yang lain.

 Ini sangat berbeza dengan konsep insurans di mana syarikat memberi jaminan akan membayar pampasan kepada musibah yang diterima pencarum dan ianya bersifat ‘gharar’, yakni ada unsur yang diragui dan tidak jelas seperti bagaimana dan ke mana duit bayaran pencarum dilaburkan( institusi yang patuh atau tidak patuh Syariah).

 

Maksud Hibah Takaful

 

hibah takaful terbaik

Hibah takaful ialah pemberian sejumlah wang pampasan kematian kepada penerima hibah yang dipilih dalam bentuk manfaat polisi takaful. Hibah ini adalah dalam bentuk tertangguh kerana hanya selepas kematian pemilik polisi, barulah wang pampasan dihibahkan kepada penerima melalui tuntutan oleh waris yang dinamakan sahaja.

Ia mula diperkenalkan didalam industri takaful selepas kewujudan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Pemberian hibah yang akan diterima oleh penerima akan berkuat kuasa selepas kematian pemilik Sijil.

Hibah takaful tidak sama dengan hibah dalam bentuk harta, yang mana perlu diberikan terus kepada penerima hibah semasa pemilik harta masih hidup.

 

Mengapa Perlu Buat Hibah Takaful ?


  • Mudah bahagi tanpa ikut syarat Faraid

Hibah takaful mengelakkan prosedur pewarisan secara faraid  yang panjang dan rumit untuk keluarga anda menerima manfaat selepas kematian anda. Dengan hibah takaful, penerima hibah hanya perlu mengemukakan borang dan dokumen berkaitan di mana mana pejabat AIA terdekat


  • Cepat dan ringkas

Wang hibah takaful boleh diperolehi dalam masa 7 hingga 30 hari, bergantung kepada seawal mana tuntutan dibuat dan semua dokumen yang diperlukan perlulah diserahkan dengan lengkap. 

Wang hibah yang akan menjadi sumber kewangan pantas  bagi meneruskan kehidupan selepas kematian pemilik sijil hibah kerana, jIka berlaku kematian, semua harta dan akaun si mati akan dibekukan sementara bagi urusan wasiat atau faraid. 

Apabila akaun bank dan akaun pelaburan dibekukan, waris memerlukan tunai segera untuk kelangsungan hidup. Untuk bayar belanja hidup, bayar bil, bayar duit minyak kereta, van sekolah anak dan sebagainya. Sebab tu hibah takaful adalah perancangan kewangan yang baik untuk perlindungan kewangan kepada keluarga.

Hibah Takaful akan menjadi  instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.


  •  Penama adalah penerima mutlak

Wang hibah takaful yang akan diperolehi oleh penerima selepas kematian pemilik sijil, tidak perlu melalui sistem faraid. Ia adalah milik mutlak penerima yang dinamakan oleh pemilik sijil dan tidak perlu dirunding dengan waris yang lain.


  •  Kalis Konflik

Perebutan harta biasa berlaku di awal kematian pemilik harta. Masalah pengagihan harta selalunya sukar diselesaikan dan akhirnya menjadi punca konflik antara ahli keluarga.

Hibah takaful tidak boleh dipertikai, dicabar atau dituntut oleh sesiapa pun dan tidak boleh dibawa untuk bantahan atau direbut.

(Berdasarkan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI(akta perkhidmatan kewangan Islam) 2013, menjadikan hibah takaful ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang bertulis lain)


  •  Tidak memerlukan anda melantik peguam/wakil menguruskan tuntutan hibah takaful

Waris tidak perlu mengeluarkan kos untuk urus tuntutan pampasan hibah takaful ini, sebaliknya hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan AIA terdekat dan bawa dokumen berkaitan bagi membuat tuntutan. Hanya penama yang dinamakan dalam polisi sahaja yang boleh menuntut.


  •  Selesaikan hutang

Adalah menjadi kewajipan seorang muslim untuk melunaskan semua hutang-hutangnya semasa hidup. Tetapi, ada juga hutang yang tidak sempat diuruskan kerana sudah sampai ajal.

Dengan adanya wang hibah takaful, waris atau pasangan anda yang dinamakan sebagai penerima hibah, boleh menggunakan wang yang diperolehi ini bagi menyelesaikan hutang-hutang yang masih belum habis.


  •  Pengganti pendapatan

Wang hibah takaful boleh digunakan sebagai ganti gaji yang digunakan bagi menyara keluarga sebelum ini. 

Hibah takaful menjadi sangat penting terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan bersama anak-anak selepas kematian anda. 

Duit takaful boleh digunakan sebagai duit survival untuk keluarga meneruskan hidup secara biasa walaupun tanpa kita.

 Biarlah kita bersedia dari awal dengan meninggalkan sedikit bekalan buat isteri dan anak-anak selepas kematian kita. Insyaallah kita tenang di alam sana dan anak isteri pun tidak jadi meminta-minta dan melarat selepas ketiadaan kita.


  •  Memberi peluang untuk tebus sebarang bahagian faraid waris yang leceh jika dibahagi bahagikan

 Ada situasi memerlukan penyelesaian secara tunai di mana waris perlu sediakan sejumlah wang untuk dibayar kepada waris lain sebagai penyelesaian (bukan semua kes). Namun jika tunai ini tidak mampu, jadi langsung tiada pilihan penyelesaian segera yang dapat dicapai untuk memudahkan kehidupan waris anda.

 

Kesimpulannya hibah takaful sangat membantu kelangsungan kehidupan waris selepas kematian supaya kebajikan dan perbelanjaan tidak terjejas. Hibah takaful akan menjadi aset tunai segera untuk yang tersayang.

 

Hibah takaful menjadi kritikal dan sangat-sangat perlu untuk diambil sekiranya:

  •  Isteri anda adalah suri rumah dan tiada sumber pendapatan tetap
  • Anda mempunyai lebih daripada seorang isteri
  • Anda hanya mempunyai anak perempuan
  • Anak anak anda masih kecil dan bersekolah
  • Anda ada anak kelainan upaya (OKU)
  • Anda ada anak angkat. Ketahuilah bahawa anak angkat tidak layak menerima harta pusaka dan faraid. Kes biasa ialah anak angkat tak dapat apa apa. Dengan hibah takaful, anda boleh menamakan anak angkat sebagai penerima.
  •  Anda tidak mempunyai adik beradik yang lain
  • Anda bakal menunaikan haji atau umrah
  • Anda adalah mualaf yang ingin meninggalkan harta kepada ahli keluarga yang bukan Islam
  • Anda tiada anak
  • Anda tiada simpanan tunai yang besar untuk diwariskan kepada waris anda. 


hibah AIA



apakah hibah takaful



Berapa yang perlu anda hibah takafulkan kepada waris?

Nilainya, anda yang tentukan dan akan bergantung kepada jumlah hutang anda dan juga perbelanjaan bulanan keluarga anda termasuk perbelanjaan tambahan, bagi tempoh tertentu.. Nilai gantian pendapatan ini boleh dalam bentuk tempoh, samada pendapatan keluarga selama 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

Contoh:

Sekiranya anda mengambil polisi hibah takaful bernilai 100000 ringgit dan perbelanjaan bulanan keluarga anda ialah 5000 ringgit sebulan, wang itu akan habis digunakan dalam tempoh lebih kurang 20 bulan sahaja selepas kematian anda. Itu belum lagi ditolak kos penyelesaian hutang-hutang anda serta perbelanjaan tambahan lain.

Pastinya amaun 100000 itu kelihatan seperti tidak mencukupi.

Anda yang perlu nilai sendiri. Tetapi, daripada tiada langsung hibah yang ditinggalkan, baiklah ada walaupun nilainya kecil. Sekurang-kurangnya dapat membantu di peringkat awal peralihan hidup selepas ketiadaan anda nanti.

 


hibah takaful income replacement
hibah takaful income replacement

Ayat Al Quran Berkaitan Kewajipan Suami Meninggalkan Nafkah Yang Mencukupi Buat Isteri 


TAFSIR AL-BAQARAH AYAT : 240 
Allah Ta’ala berfirman


وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللهُ عَزِيزُُ حَكِيمُُ {240}



“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” 



Hibah VS Faraid


Bapa
1/6 jika arwah tiada anak/ada anak perempuan sahaja + Baki
1/6 jika arwah ada anak
Ibu
1/6 jika arwah ada anak saudara kandung 2 / lebih
1/3 jika arwah tiada anak
Anak Perempuan
1/2 jika anak perempuan tunggal tanpa anak lelaki
2/3 jika anak perempuan melebihi seorang tanpa anak lelaki
1/2 jika berkongsi dengan anak lelaki
Anak Lelaki
2/1 jika berkongsi dengan anak perempuan
semua baki jika anak lelaki sahaja
Suami
1/2 jika arwah tiada anak
1/4 jika arwah ada anak
Isteri
1/4 jika arwah tiada anak
1/8 jika arwah ada anak


hibah takaful tak perlu faraid


 
Jika anda perhatikan, kedudukan isteri sangat sangat memerlukan TAMBAHAN bahagian daripada HIBAH TAKAFUL. Sayangkah anda kepada isteri anda? Betul betul sayang???

* Kepada isteri yang membaca tulisan ini, galakkan suami anda untuk buat hibah takaful demi untuk anda dan anak anak juga.



 
bahagian faraid isteri tanpa hibah takaful


 Cuba lihat gambar di atas, isteri dan anak anak perempuan dapat sikit je. Kasihan kan? Buatlah sesuatu sementara anda masih berupaya merancang.



harta beku jika tiada hibah takaful


 Anda rasa urusan pusaka boleh selesai 2-3 bulan? Jika lebih kompleks kes anda, lebih lama urusan sebelum anda anak beranak dapat hidup selesa.

kepentingan hibah takaful

Biasa untuk keluarga ipar masuk campur urusan pusaka. Bagaimana persediaan anda?


hibah takaful keluarga


Kelemahan Hibah Takaful

1- Ia tidak menyelesaikan pengurusan pusaka si mati. 
Waris perlu menguruskan seperti biasa. Cuma apabila si mati membekalkan hibah takaful kepada waris, kebajikan waris terbela dan tidak dibelenggu hutang. 

Untuk pengurusan pusaka, boleh rujuk <SINI>

2- Hibah tidak dapat automatik. 
Ini waris perlu faham dan jika anda membuat hibah takaful, sila maklumkan dan sediakan salinan dokumen diri berkaitan seperti salinan IC, surat beranak, sijil nikah, buku polisi dan sebagainya. 

Waris perlu tuntut untuk dapatkan hibah ini. Tuntutan hibah takaful adalah antara perkara pertama yang waris perlu buat selepas kematian pemberi hibah.



Apa Kelebihan Hibah Takaful AIA  Apply Dengan Saya?

1- Takaful Nyawa/Hibah Takaful terbaik dalam pasaran (A-Life Signature-i)
2- Tempoh pembayaran yang fleksibel
3- Perlindungan tinggi bermula RM500K
4- Faedah kematian akibat kemalangan 200%
5- Faedah kematian ketika haji atau umrah 200%
6- Faedah kematian akibat kemalangan di dalam kenderaan awam 300%
7- Faedah kematian akibat bencana alam semulajadi 600%
8- Pendorong kematangan +20%
9 -Jika isteri atau anak ambil polisi, caruman lebih rendah kerana dapat diskaun 10% di atas amaun bayaran premium (PlusOne).
10 - Saya pakar takaful AIA. Satu Malaysai Cover boss!


 
Bagaimana nak mula buat Hibah Takaful?

1- Buat kiraan kasar hutang yang akan diwarisi oleh waris (sila tolak loan yang dah ada takaful seperti loan rumah dan lain lain).

2- Kirakan pendapatan bulanan keluarga anda dan berapa lama diperlukan untuk keluarga anda survive sebelum mereka boleh berdikari dan cari pendapatan lain.

3- Apa keperluan pendidikan yang boleh diwariskan kepada anak anak contohnya untuk anak masuk ke Universiti dan sambung ijazah, modal sekurang kurangnya RM30K diperlukan.

4- Hubungi saya untuk quotation percuma hibah takaful


Info diperlukan:

 Nama Penuh

Tarikh Lahir

Nama Penuh Jawatan Pekerjaan

Taraf Merokok ya/tidak

Taraf Kesihatan Sekarang

Jumlah Hibah Dirancang: RM50K/RM100K/RM500K/RM1juta/RM1.5juta

 

Contoh:

Ali bin Ahmad

11/03/1980

Technician Aircond  <-- jangan technician sahaja.Pastikan nama penuh

Tidak

Sihat

RM500K

 

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/QuotationHibahTakaful

 Kematian datang tanpa diundang, jangan tangguh-tangguh lagi dah untuk tinggalkan sesuatu buat orang yang anda sayang.


 Video Hibah Takaful AIA

Kenapa kita perlu hibah takaful?





Hibah takaful sebagai tabung kecemasan keluarga


  • Kenapa bertangguh kerana anda dah tahu tentang kepentingan hibah takaful?
  • Hibah Takaful bukan kehendak jika situasi anda "memerlukan dan kritikal". Ini bukan perkara main main!
  • Apply Segera Hibah Takaful dengan Pakar Hibah Takaful Anda. Lebih cepat lebih baik. Kesedaran datang dari hati anda, saya hanya menunjukkan jalan.


Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA