Hibah Takaful Untuk Kakitangan Kerajaan


hibah takaful untuk kakitangan kerajaan

Kerjaya sebagai kakitangan kerajaan, memang menjadi idaman ramai orang kerana faktor kestabilannya dan manfaat berterusan yang diterima selama berada dalam jawatan dan selepas persaraan nanti.

Walaubagaimanapun, seperti sektor-sektor pekerjaan yang lain, kakitangan kerajaan masih terdedah kepada risiko kesihatan dan kemalangan sepanjang berada dalam perkhidmatan.

Dari segi kesihatan, penjawat awam kebanyakannya akan menggunakan sepenuhnya keistimewaan  mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Walaupun begitu, masih terdapat juga kos-kos rawatan dan alatan kesihatan yang perlu dibayar menggunakan wang sendiri dan kosnya bukan sedikit ya.

Di sini pentingnya untuk memiliki kad perubatan atau medical card bagi menampung belanja kos perubatan apabila diperlukan nanti. Anda boleh baca berkenaan medical card di sini

 

Dari segi faktor keselamatan pula, pergerakan harian  berulang alik dari rumah ke tempat kerja,risiko pekerjaan di tempat kerja dan juga kejadian-kejadian tidak diingini di luar waktu bekerja, menjadikan keperluan untuk memiliki satu bentuk perlindungan  menjadi sangat kritikal dan perlu kepada kakitangan kerajaan.

Plan perlindungan  yang dimaksudkan ialah dalam bentuk hibah takaful, yang akan menjadi instrumen yang sangat-sangat penting kepada diri sendiri dan keluarga sekiranya ditakdirkan berlaku musibah dalam bentuk penyakit atau kematian.

 

Kenapa perlunya plan perlindungan ini?


hibah takaful kakitangan kerajaan


 Sebagai ketua keluarga, anda adalah ‘enjin’ utama yang menggerakkan keluarga anda dengan sumber kewangan atau hasil pendapatan anda.

Pada zaman ini, semuanya perlukan duit. Duit bukanlah segalanya tapi segala-galanya perlukan duit, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah ke urusan yang lebih besar.

  • Anak isteri perlu makan
  • Anak isteri perlu belanja perubatan
  • Kos persekolahan anak-anak
  • Kos penyelenggaraan kenderaan
  • Kos penyelenggaraan rumah
  • Kos-kos luar jangka apabila ada kejadian yang tidak diingini

 

Pada masa ini, anda masih sihat dan mampu bekerja serta beroleh pendapatan konsisten setiap bulan. Alhamdulillah cukup makan pakai semuanya bagi keluarga anda.

 

Tetapi situasi ini boleh berubah sekelip mata.

 

Bayangkan sesuatu terjadi kepada anda,

 

  • Disahkan ada penyakit kritikal
  • Mengalami hilang upaya kekal sampai tak mampu bekerja lagi
  • Kemalangan
  • Kematian

 

Apa akan terjadi kepada keluarga anda ketika itu?


hibah takaful kakitangan kerajaan


 

Kalau hilang upaya, terlantar tak boleh bergerak, kos perubatan dan penjagaan akan menjadi sangat tinggi. Mana nak cari duit masa tu?

Kalau mati kemalangan atau sebab-sebab lain, siapa nak bantu menyara kehidupan anak dan isteri anda? Cukup ke duit yang anda tinggalkan? Duit simpanan anda semua tu nanti perlu difaraid, isteri anda akan dapat sedikit sahaja bahagian. Cukup ke nak teruskan hidup dengan anak-anak nanti di zaman serba mahal ni?

 

Jadi, solusi terbaik ialah dengan menyediakan satu plan ‘tabungan’ yang dipanggil hibah takaful.


Apa dia hibah takaful ni?

 

HIBAH TAKAFUL ialah pampasan( kematian/ sakit kritikal/hilang upaya kekal) yang dihadiahkan kepada isteri/ penama yang kita namakan selepas berlaku sesuatu yang tidak diingi ke atas diri kita

Bahasa mudahnya, kalau kita sakit sampai tak mampu lagi dah nak kerja, atau pun kalau kita meninggal dunia, isteri kita akan dapat wang takaful untuk menyara hidup.

 

Apa yang best tentang hibah takaful ni?

 

  • wang pampasan ni tak perlu dikongsi dengan sesiapa pun, tak perlu melalui proses faraid. Ia akan menjadi milik isteri sepenuhnya
  • proses tuntutan hibah tak lama,sekitar 2 minggu hingga 30 hari sahaja.
  • Orang lain/waris lain tak boleh tuntut wang ni dan tak boleh dipertikai di mahkamah

 

Dengan wang ini nanti,

Isteri anda boleh meneruskan kehidupan dengan anak-anak tanpa perlu berfikir mana nak cari duit dalam tempoh terdekat selepas ketiadaan anda

Hutang-hutang anda yang belum diselesaikan, boleh dibayar menggunakan duit ini

Kos penjagaan harian dan rawatan perubatan anda sekiranya sakit terlantar, dapat ditampung serba sedikit menggunakan duit ini

 

Berapa banyak duit hibah yang kakitangan kerajaan perlu  tinggalkan untuk isteri dan anak-anak?

 

Cara terbaik untuk mengetahui berapa jumlah yang bersesuaian, ialah dengan mengira jumlah perbelanjaan bulanan  dan hutang-hutang anda sekeluarga.

 

Contoh:

Belanja keseluruhan bernilai RM5000  sebulan

 Untuk anak-anak dan isteri anda survive dalam tempoh 5 tahun, jumlah wang yang diperlukan ialah

RM5000 x (12 BULAN X 5 TAHUN) = RM300 000

Ya, itulah anggaran jumlahnya.

 

Kalau anda rasa mencukupi, boleh teruskan mengambil plan hibah dengan anggaran jumlah ini.

Tetapi kalau direnung betul-betul, cukupkah jumlah ini jika anak anda ramai, anak anda masih kecil dan isteri anda ialah surirumah yang tidak mempunyai pendapatan bulanan?

Berapa lamakah mereka dapat bertahan selepas ketiadaan anda tanpa perlu risaukan tentang duit bulanan?

Bayangkan pula jika anda hilang upaya dan tak mampu bekerja, terlantar perlukan penjagaan, duit hibah itulah juga yang akan digunakan untuk penjagaan anda dan juga perbelanjaan keluarga.

Cukupkah?

 

 

Kesimpulannya,


hibah takaful kakitangan kerajaan


 Menyediakan nafkah secukupnya memang menjadi tanggungjawab utama seorang ketua keluarga, semasa hayatnya dan selepas kematiannya.

Persediaan kematian dan kejadian yang tidak diingini melibatkan perancangan kewangan yang rapi dan salah satunya ialah dengan mengambil plan hibah takaful ini.

Terdapat banyak plan hibah takaful di luar sana dengan keistimewaan masing-masing. Terserah kepada anda untuk menilai mana yang paling baik dan sesuai bagi anda, bergantung kepada keperluan dan kedudukan kewangan semasa anda.

Jangan tunggu terlalu lama untuk mengambil plan yang sesuai kerana malang selalunya tidak berbau dan musibah boleh hadir tiba-tiba sahaja.

Hibah takaful ialah tanda kasih anda kepada anak dan isteri. Ia sebagai jaminan ketenangan anda di alam sana dan juga ketenangan buat keluarga yang anda tinggalkan di dunia ini.


Bagi kakitangan kerajaan yang berminat mengetahui berkenaan plan HIBAH TAKAFUL, klik di sini untuk dapatkan quotation percuma anda.


klik di sini untuk tips takaful terkini

 

 

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan