TIPS PILIH MEDICAL CARD

 

medical card AIA


 Memiliki medical card bukanlah satu benda yang wajib, tetapi sekiranya ada, ia akan sangat-sangat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan tanpa perlu menunggu ‘que’ yang panjang di hospital kerajaan.

Pada masa ini, terdapat banyak jenis medical card dengan plan yang berbeza-beza daripada pelbagai syarikat takaful. Semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Sebagai panduan, kami ingin berkongsi beberapa tips asas dalam memilih medical card terbaik untuk anda. Jom kita lihat di bawah ni.


 Ketahui jenis dan nilai Coverage

 Coverage medical card terbahagi kepada dua iaitu:

 

Lifetime coverage (perlindungan seumur hidup)bermaksud  jumlah bil hospital yang dilindungi syarikat takaful dalam tempoh seumur hidup

Annual coverage (perlindungan tahunan) bermaksud jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat takaful dalam tempoh setahun.

Sebelum membuat keputusan memilih sesuatu medical card, tidak kiralah dari syarikat mana pun, anda perlu tanya dengan jelas kepada ejen berkenaan jumlah coverage yang ditawarkan.

  •  Ada syarikat yang had tahunannya tinggi atau unlimited tetapi had seumur hidup setakat 1 juta sahaja
  • Ada syarikat yang had seumur hidupnya tinggi tetapi had tahunan rendah.
  • Ada syarikat yang had tahunan dan had seumur hidupnya unlimited

 

Amat penting bagi anda untuk mengambil medical card yang mempunyai had tahunan yang tinggi kerana kos rawatan penyakit kritikal seperti kanser dan jantung pada hari ini, boleh mencecah ratusan ribu ringgit.


medical card AIA

Bayangkan jika anda perlu rawatan di hospital,tetapi had tahunan medical card anda hanyalah 100000 sahaja. Mana nak cari baki lagi ratus-ratus ribu tu? Had seumur hidup yang bernilai 1 juta pun tidak dapat membantu ketika itu.

 

Hospital

takaful AIA



 Banyak nak cerita bab hospital ni. Anda perlu jelas berkenaan:

 

Hospital panel

Anda wajib mengetahui hospital mana yang termasuk dalam senarai hospital panel dan paling bagus kalau hospital swasta berdekatan rumah anda, termasuk dalam senarai ini. Nanti kalau sakit, kita sebolehnya akan cari hospital yang paling dekat dengan rumah supaya mudah urusan dan keluarga pun tak susah nak datang ziarah.

 

Jenis bilik yang di’cover’ dan harganya

Kalau perlu masuk hospital, pastinya ramai yang nak bilik single, tak perlu berkongsi dengan pesakit lain, lebih privasi dan mudah untuk keluarga datang ziarah sebab tak kacau orang lain.

Anda boleh semak sendiri harga bilik single atau bilik sharing dari laman web hospital pilihan anda.Lepas dah survey room rates,mudahlah bagi anda untuk senaraipendekkan plan medical card yang anda nak.  

Sebagai contoh, harga bilik single bagi satu malam untuk Hospital X ialah RM240, jadi kitaboleh pilih medical card yang cover RM250 atau RM300 untuk satu malam. 

Lebih tak apa, jangan kurang, sebab pada masa akan datang mungkin hospital akan naikkan harga bilik.

 

Berapa bilangan hari maksimum stay dalam wad yang medical card akan cover dalam tempoh setahun

 Lain medical card lain bilangan hari yang ditawarkan dan harganya pastinya berbeza antara satu sama lain. 

Pilih yang bilangan harinya lebih banyak sebagai persediaan kalau-kalau satu hari nanti kita perlu stay dalam wad untuk tempoh yang agak panjang.

 

Proses kemasukan ke hospital

Proses kemasukan ke hospital akan mengambil sedikit masa, sebab perlu register dulu dan sebagainya.

Ada hospital panel  memerlukan guarantee letter (GL) daripada syarikat takaful, yang mana anda perlu berhubung dengan call centre atau ejen anda apabila ingin mendapatkan rawatan.

Ada hospital panel yang terus menerima kad berbentuk fizikal sebagai perakuan anda memiliki plan medical card bagi menampung kos rawatan.

Pastikan anda betul-betul jelas dan bersedia tentang perkara ini bagi memudahkan urusan kemasukan ke hospital apabila diperlukan nanti. Anda boleh rujuk perkara ini dengan ejen takaful supaya lebih jelas dan terperinci penerangannya.

 

Jenis Co-Takaful atau Fully Covered?


Co-takaful

Yang ini maksud mudahnya, anda bayar sikit kos rawatan dan yang banyak tu, syarikat takaful yang akan bayar.

Ada plan medical card yang ada co-takaful, 10% contohnya. Maksudnya kalau masuk hospital, 10% daripada jumlah bil kita bayar, 90% lagi syarikat takaful akan bayar.Kita juga perlu sediakan sedikit duit untuk

Deposit Hospital       ( RM200 – RM500 )

Medical Report         ( RM50 – RM80 )

Registration Fees       ( RM5 – RM10 )

Medical card jenis co-takaful ini biasanya bayaran bulanannya lebih murah  berbanding plan tanpa co-takaful.

 

Fully covered

Fully Covered bermaksud syarikat takaful akan cover semua kos rawatan tapi masih ada beberapa perkara yang kita kena tanggung sendiri, sama seperti medical card co-takaful, iaitu

Deposit Hospital   (RM200 – RM500 )

Medical Report     ( RM50 – RM80 )

Registration Fees  ( RM5 – RM10 )

 

Jenis stand alone atau pakej?


 Stand Alone Medical Card bermaksud, anda hanya semata-mata mendapatkan perlindungan rawatan menggunakan medical card, tanpa ada manfaat tambahan yang lain.

Medical card jenis ini biasanya murah dan bayaran bulanannya akan meningkat setiap 5 tahun. Keburukan medical card jenis ini ialah, mudah ‘lapsed’ dan anda masih perlu meneruskan pembayaran bulanan walaupun mengalami sakit kritikal atau hilang upaya (tiada waiver)

 

Package Medical Card ( Saving + Protection + Medical Card )

Medical card jenis ini digabungkan sekali beberapa manfaat tambahan di dalamnya seperti hibah takaful atau pun simpanan.

 Biasanya harganya mahal sedikit berbanding medical card jenis stand alone. Selepas tempoh tertentu, anda atau keluarga, boleh mendapat manfaat tunai daripada plan ini dan paling bagus, sekiranya anda hilang upaya kekal (TPD), anda tidak perlu lagi membayar yuran bulanan kad ini( ada waiver)

 

TEMPOH BERTENANG

Medical card mempunyai tempoh bertenang berbeza untuk kes-kes yang berbeza.

Untuk kes penyakit kronik, biasanya anda perlu menunggu sehingga 120 hari selepas bayaran pertama anda diterima sebelum boleh menggunakan manfaat medical card.

Bagi kes-kes kemalangan, sebaik sahaja kad anda diluluskan, anda sudah boleh menerima manfaat perubatan daripada kad ini.

 Untuk kes-kes biasa seperti demam atau keracunan makanan, biasanya tempoh bertenangnya ialah 30 hari.

Perkara ini perlu anda faham betul-betul sebab ramai yang ingat bila lulus sahaja kad, terus boleh guna untuk rawatan atau kemasukan ke hospital. Bukan begitu ya!

 

 

medical card AIA


Medical card insyaAllah akan sangat-sangat membantu anda dan keluarga mendapatkan rawatan dan memperoleh manfaat penghospitalan yang lain dengan lebih pantas. Apabila dah sakit, tiada perkara lain yang kita fikirkan melainkan untuk cepat sembuh dan dapat dirawat dengan segera dalam keadaan yang selesa.

Pemilihan medical card terbaik, bergantung kepada keperluan anda dan juga kemampuan kewangan. Pastikan kewangan anda tidak terjejas atau terbeban dengan penambahan bayaran bulanan medical card. Jangan ikut kehendak semata-mata, tapi ikutlah keperluan diri anda dan keluarga.


Plan medical card adalah berbeza-beza dan setiap satunya ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing.

Dapatkan khidmat nasihat dan rundingan daripada ejen takaful yang boleh memberikan penerangan dengan jelas dan dapat menyesuaikan medical card terbaik yang sepadan dengan keperluan dan kemampuan diri anda.

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan