Notis Penting Korporat

Notis Penting Kepada Pengguna Medical Card Syarikat

Sila save dalam handphone anda, nombor di bawah:

AIA Care Line = 1300888933 @ 03-20561111
AIA Care Line = 1300888933 @ 03-20561111
AIA Care Line = 1300888933 @ 03-20561111


1- Aplikasi Apps myAIA wajib install di dalam telefon anda dan aktifkan akaun myAIA.

* Kalau ada masalah aktifkan akaun myAIA sila call 1300888933 untuk bantuan


2- Anda boleh view info, limit coverage, klinik panel dan claim guna Apps (eCLAIMS)

3- Ada Waiting Period sebelum anda boleh guna medical card.

30 hari pertama = Cover Kemalangan sahaja
31-120              = Cover Penyakit Biasa seperti demam, virus, cirit birit
> 121                = Cover Penyakit Khusus dan Penyakit Sedia Ada

* Semua staf baru join polisi atau pasangan/anak baru join polisi, perlu lalui tempoh Waiting Period 120 hari ini!

Sebelum tu, sila pastikan Syarikat anda Cover apa?

1- Medical Card untuk warded hospital sahaja ATAU
2- Medical Card untuk warded hospital DAN Klinik Panel


Apa yang TAK COVER oleh Medical Card Korporat AIA Public Takaful ni ? = < SINI >


* kalau anda dapati sakit anda dalam list ini, maka sakit tersebut tidak di cover ya

1- Bawa Mykad dan Telefon yang telah install Apps MyAIA (pastikan anda telah aktifkan akaun myAIA)
2- Sediakan duit deposit masuk wad hospital RM300-500 (Kalau hospital minta, akan dipulangkan semasa check out). Kalau tak minta, kira masuk wad free sahaja lah. Kalau mahal, sila minta kurang dengan hospital, contoh hospital minta RM800, anda beritahu tak ada duit cash, boleh tak RM300 je...nego baik ye.

3- Ingat, GL ni ambil masa untuk proses...anda mungkin perlu tunggu ATAU balik rumah dulu sehingga pihak hospital call untuk maklumkan GL lulus. Kebiasaannya 2-4 jam sahaja prosesnya. Jika kes rumit, akan ambil lebih masa. Inilah yang menyebabkan anda perlu balik rumah dan tunggu telefon dari hospital. Jika anda mahu result tanpa menunggu = Call AIA Care Line 1300888933 . Tanya GL dah approved atau belum. Kadang kadang anda perlu push doktor yang mula mula rawat supaya proses report cepat sikit untuk GL approve.
4- Bawa pakaian dan keperluan bersesuaian. Jangan guna yang hospital sediakan sebab kena bayar (ingat, hanya rawatan perubatan yang dicover. Tuala, kain lap, baldi, extra bedsheet, dan lain lain peralatan tidak di cover oleh medical card korporat).
5- Pastikan anda tahu Medical Card anda cover harga bilik berapa dan had tahunan anda berapa (juga baki had tahunan anda tinggal berapa). Mana nak tahu? Sila lah install Apps MyAIA dalam handphone android atau iOS Apple (sila aktifkan akaun MyAIA. Sebarang bantuan sila call AIA Care Line 1300888933).
6- Untuk dicover, pastikan anda warded. Sila bincang dengan doktor merawat anda bahawa anda nak guna medical card company dan mohon adjustkan warded untuk rawatan. Wajib WARDED sahaja!
7- Pastikan dalam masa 24 pertama (start 4 jam pertama lagi patutnya), anda dah tanya tentang status GL (Guarantee Letter) approve atau tidak oleh AIA Public Takaful. Kalau tak approve, anda mohon keluar dan maklumkan tak mahu teruskan rawatan kerana tidak di cover oleh Medical Card Korporat anda. Jika masih tak dapat status, sila insist dengan doktor merawat dan call AIA Care Line = 1300888933 @ 03-20561111 untuk status GL anda. Penting, kalau anda tak pastikan status GL nanti anda kena bayar bila guna duit poket sendiri. Ribu ribu tau!

8- Jika anda ingin BERJUMPA DOKTOR PAKAR, sila dapatkan surat refer daripada klinik terlebih dahulu. Rawatan doktor pakar di hospital panel memerlukan surat REFER LETTER. Tak boleh walk-in macam biasa, kemudian demand nak jumpa atau rawatan dari Doktor Pakar sahaja. AIA ingin memastikan hanya betul-betul perlu rawatan doktor pakar sahaja (setelah doktor biasa dah check dan refer kepada pakar), barulah boleh.

9- Pastikan untuk setiap kes anda perlu warded, kes tersebut berlaku dalam tempoh 12 jam pertama. Jangan lebih dari 12 jam, baru nak ke hospital untuk warded kerana lebih 12 jam sudah menjadi TIADA KECEMASAN. Kecemasan adalah bermaksud rawatan yang diperlukan didalam keadaan dimana rawatan perubatan serta-merta diperlukan dalam tempoh 12 jam bagi kecederaan, penyakit atau simptom yang tiba-tiba dan tenat yang boleh mengancam nyawa. Cepat ke hospital untuk dapat coverage ye. 
 
10- Untuk warded di Hospital Panel AIA:
Pastikan TELAH MENDAPAT Reffer Letter dari doktor di Klinik Panel AIA
* Anda boleh direct terus ke Hospital Panel tapi mestilah kes kecemasan contohnya kemalangan. Jika kes sakit normal, pastikan mendapat REFFER LETTER dari doktor di klinik panel AIA terlebih dahulu.



Perhatian jika berlaku diluar dugaan:

1- Dalam situasi tertentu doktor yang merawat tidak dapat diagnos atau pastikan penyakit, selagi keputusan belum dapat daripada ujian makmal/xray/MRI/sample test/related test. Jika result test adalah negatif (anda tiada penyakit yang perlu warded atau dalam coverage), maka kes ini tidak dicover dan kos berkaitan adalah dalam tanggungan anda dan tidak boleh claim. Medical card hanya cover kes yang warded dan dapat dikenalpasti jenis penyakit (confirmation by Doctor).
2- Harap bersabar dan faham situasi ini. Bukan salah mana mana pihak tapi Doktor pun manusia biasa yang tidak dapat membuat keputusan tepat kalau tak dapat maklumat terperinci. Jika keputusan negatif, Alhamdulillah anda sihat. Namun, polisi Medical Card Korporat tak cover kalau tak warded.


Bagi Pengguna Klinik Panel Sahaja:

1) Pastikan telah install Apps MyAIA dan aktifkan akaun MyAIA anda.
2) Pastikan GPS On di handphone anda
3) Apps akan auto detect Klinik Panel dalam radius berhampiran lokasi anda. Boleh pilih dan pre register. Jimat masa untuk kurangkan masa pendaftaran di kaunter klinik.
4) Jika perlukan refer letter untuk berjumpa Doktor Pakar, sila maklumkan kepada doktor yang merawat anda di klinik panel. Versi soft copy/pdf Refer Letter akan dimasukkan ke dalam Apps MyAIA oleh doktor klinik panel tersebut.
 

Bagi Pengguna Klinik Panel Sahaja yang ingin berjumpa Doktor Pakar/Specialist:

1) Doktor Pakar tidak boleh walk-in jumpa direct. Ia perlu direffer oleh doktor klinik panel AIA.
2) Jika perlukan refer letter untuk berjumpa Doktor Pakar, sila maklumkan kepada doktor yang merawat anda di klinik panel. Versi soft copy/pdf Refer Letter akan dimasukkan ke dalam Apps MyAIA oleh doktor klinik panel tersebut.
3) Setelah mendapat reffer letter, baharulah anda boleh apply secara online melalui Apps MyAIA.
4) Kos berjumpa doktor pakar/specialist adalah Pay and Claim (max RM1000). Bayar sendiri dahulu, kemudian claim melalui Apps MyAIA.
 

Jika Ada Claim Perlu Dibuat:

1) Jangan susah hati, apabila resit (Official Receipt Sahaja. Tak boleh temporary receipt/tax invoice. Sila hubungi kaunter klinik/ hospital terlibat untuk dapatkan Official Receipt sahaja! ) anda boleh terus claim melalui Apps MyAIA melalui eCLAIMS. Cepat claim, cepat dalam duit semula kan?

Jangan tangguh sampai resit hilang....anda yang susah nanti!

Renewal Polisi:

Pastikan anda tahu tarikh expired. Rancang untuk renewal.
Pembayaran secara online boleh dibuat kepada:

Public Islamic Bank Berhad (No Akaun = 3980007227)
AIA Public Takaful Berhad (935955-M)

* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.