Perlindungan Penyakit Kritikal Guna Takaful


 
takaful penyakit kritikal

Apakah Yang dimaksudkan dengan Takaful Penyakit Kritikal ?

Pelan perlindungan ini memberi manfaat bayaran pampasan sekaligus sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam sijil takaful anda.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Kritikal ?


Penyakit kritikal merupakan satu kumpulan penyakit  khusus yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang dan kos perubatan yang tinggi.

Terdapat  lebih daripada 39 jenis sakit kritikal yang popular di Malaysia dan tersenarai dalam kebanyakan polisi Takaful. Sakit Jantung dan Kanser adalah contoh penyakit kritikal yang diketahui umum.

 

Mengapa Anda Perlukan Takaful Penyakit Kritikal ?

 

takaful penyakit kritikal AIA

Kebiasaannya, ramai yang tak tahu diri mereka ada penyakit kritikal pada peringkat awal. Bila dah tahap kronik, barulah terasa sakit dan akan pergi berjumpa doktor. Tahu-tahu dah di ‘stage’ pertengahan atau akhir.

Rawatan sakit kritikal ini kebiasaannya mengambil masa yang lama dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Jadi pesakit  akan mengambil cuti yang panjang dan boleh menjadi sebab diberhentikan kerja oleh majikan.Penyakit masih belum sembuh tapi punca pendapatan dah hilang.

Pada saat-saat genting inilah kita sangat memerlukan pampasan Sakit Kritikal sebagai penggantian pendapatan bulanan demi kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga. Pampasan Sakit Kritikal ini  penting untuk mengurangkan bebanan kewangan keluarga dan membantu keluarga meneruskan kehidupan seperti biasa selepas anda diberhentikan kerja akibat sakit.

 

Ringkasnya, kita dan keluarga memerlukan duit untuk ‘survive’ apabila hilang punca pendapatan utama.

Tanpa duit, tak boleh nak tampung kos rawatan dan penjagaan ketika sakit.

Tanpa duit, belanja bulanan keluarga akan sangkut.

Tanpa duit, diri sendiri dan keluarga akan terbeban kerana banyak perkara perlu diuruskan.

 

Ya, begitulah realitinya.

Dan satu lagi realiti yang pahit untuk ditelan, biasanya tiada siapa yang akan menghulurkan duit dalam amaun yang banyak Ketika kita susah dan sempit. Sikit-sikit tu adalah yang akan bantu, tapi kalau banyak, tak ada, sebab mereka pun perlu hidup juga.

 

Kalau anda dah ambil plan takaful penyakit kritikal, Alhamdulillah. Tapi kalau belum, mungkin boleh fikir-fikirkan dan bertindak sekarang.

 

 

takaful AIA sakit kritikal

 Jangan keliru antara bayaran medical card dengan pampasan penyakit kritikal ya.

Medical card hanya berfungsi membayar bil-bil perubatan anda kepada hospital tempat anda dirawat. Untuk Plan takaful penyakit kritikal pula, pampasan akan dibayar terus kepada anda sekiranya anda disahkan oleh doktor mengalami penyakit-penyakit kritikal yang termasuk dalam polisi takaful anda.

Wang pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan bulanan yang terjejas akibat penyakit kritikal yang anda hidapi. Ia juga boleh digunakan bagi  menampung kos rawatan tambahan, penjagaan serta pemulihan yang tidak ditanggung oleh medical card anda.

 Dan akhir sekali, yang paling penting, anda juga boleh menggunakan wang ini untuk perbelanjaan bulanan keluarga sepanjang tempoh anda tidak dapat bekerja.

 

 Kesimpulan

Sekiranya ditakdirkan anda menghidapi penyakit kritikal, ia  boleh memberi kesan mendalam kepada keluarga, bukan saja dari segi emosi tetapi juga kewangan. Tindakan awal anda bersedia dengan takaful penyakit kritikal insyaAllah  boleh membantu meringankan bebanan kewangan dan memberi ketenangan fikiran kepada anda dan keluarga pada ketika itu.

 

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan