Perlindungan Pendapatan Guna Takaful

 


 

perlindungan pendapatan takaful

Pernahkah anda duduk dan berfikir sebentar, apakah yang akan terjadi kepada keluarga  sekiranya anda ditimpa musibah, kemalangan, sakit sehingga hilang upaya kekal dan tidak lagi mampu bekerja seperti biasa? 

Apakah yang akan terjadi kepada keluarga sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia?

Cukupkah wang yang ditinggalkan untuk isteri anda bagi menyara hidup dan membesarkan anak-anak?

Berapa lamakah wang yang ditinggalkan itu boleh bertahan?

Pernahkah anda terfikir semua tu?

Dan yang paling penting, apakah usaha dan persediaan anda bagi menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti ini?

 

Persediaan Kematian Atau Hilang Upaya Kekal


takaful AIA


Cara terbaik supaya keluarga tidak hidup melarat dan terbeban selepas kematian kita ialah dengan menyediakan wang yang mencukupi bagi mereka meneruskan kehidupan, dan wang itu seharusnya mampu bertahan untuk menyokong keluarga anda dalam tempoh 10 tahun dan ke atas.

Sekiranya anda mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan dan sebagainya, sehingga tidak mampu lagi bekerja, wang juga sangat-sangat penting dan diperlukan keluarga anda Ketika itu bagi membayar rawatan perubatan serta pemulihan anda dan juga menampung perbelanjaan harian.

Ya, semuanya melibatkan wang. Dan amaunnya bukan sikit-sikit ya.

Jadi, baiklah sediakan payung sebelum hujan.

Sediakan simpanan secukupnya sebagai persediaan untuk hari-hari ‘mendung’ yang langsung tak dapat kita jangka kehadirannya.

Tapi persoalannya di sini, mampukah anda sediakan tabungan dengan nilaian ratusan ribu atau jutaan ringgit bagi keluarga anda?

Bagi yang dalam kategori ‘super rich’ yang duitnya tak kan habis-habis, mungkin tiada masalah. Tapi bagi golongan biasa dan sederhana, mungkin boleh kira sendiri berapa tahun kita perlukan untuk mencapai amaun tu.



Jadi, apa solusinya?

Income Protection atau Perlindungan Pendapatan Menggunakan Takaful!

 

Fahami maksud Perlindungan Pendapatan

 

Perlindungan pendapatan bermaksud , anda melanggan plan takaful yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan bulanan anda  sekiranya berlaku kematian atau sakit kritikal sehingga hilang upaya untuk bekerja.

 

Apa pentingnya perlindungan pendapatan menggunakan takaful?

 

Sekiranya berlaku sesuatu musibah dan juga kematian ke atas anda, gaji bulanan yang anda terima daripada majikan akan terhenti.

Dengan mempunyai plan takaful perlindungan pendapatan, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan dengan menerima ‘gaji’ dalam bentuk bayaran daripada syarikat takaful hasil daripada caruman bulanan anda sebelum ini.

Sekarang, pada masa anda masih sihat, mungkin kurang jelas kepentingannya, tetapi percayalah, plan takaful perlindungan pendapatan ini akan sangat-sangat membantu apabila anda terlantar sakit, kehilangan pekerjaan atau pun situasi terburuk, meninggal dunia.

Sekiranya ditakdirkan anda meninggal dunia, wang ‘gaji’ dari caruman  takaful ini akan menjadi sangat bermakna buat keluarga anda yang ditinggalkan.

 

Kalau tulis sahaja, mungkin anda tak berapa jelas. Jadi saya sediakan contoh situasi supaya lebih mudah anda nak fahamkan bab perlindungan pendapatan ni.

 

Jom berkenalan dengan Ahmadi.

Gaji bulanan Ahmadi sebagai operator kren, adalah sebanyak RM5000.

Ahmadi asingkan kurang 10% daripada gajinya setiap bulan bagi mencarum dalam takaful perlindungan pendapatan.

 Dengan bayaran RM300 sebulan, sekiranya berlaku musibah atau kematian ke atas Ahmadi, keluarganya akan layak memperolehi manfaat-manfaat seperti di bawah

1 juta sekiranya berlaku kematian

1 juta sekiranya mengalami hilang upaya kekal (TPD)

300 000 sekiranya mengalami sakit kritikal

Dan yang paling penting, apabila disahkan menghidap penyakit kritikal, dah tak perlu bayar caruman bulanan lagi dah tetapi masih boleh dapat manfaat perlindungan takaful.


perlindungan pendapatan AIA


 

Dengan wang pampasan takaful bernilai 1 juta itu, insyaAllah kehidupan  keluarga Ahmadi akan lebih tenang kerana tidak perlu risau perihal wang untuk tempoh masa yang mencukupi.

Jika dibahagikan dengan pendapatan bulanan Ahmadi sebelum ini, wang bernilai 1 juta itu akan dapat menampung keperluan keluarganya untuk tempoh 200 bulan bersamaan lebih kurang 16 tahun.

Dalam tempoh itu, keperluan anak-anak dan isteri, kos persekolahan dan perkara-perkara lain juga insyaAllah terjaga dalam tempoh itu dengan adanya wang hasil caruman takaful Ahmadi semasa hayatnya.

 

*Jumlah pampasan adalah berbeza-beza mengikut syarikat takaful. Nilai di atas adalah hanya sekadar ilustrasi.

 

 

Kesimpulannya,

Tak rugi pun kalau kita peruntukkan sebahagian kecil gaji bulanan yang diterima untuk dicarum ke dalam plan takaful perlindungan pendapatan.

Ia adalah persediaan dan perlindungan terbaik yang anda boleh tinggalkan untuk orang yang tersayang.

 

Setiap individu mempunyai keperluan kewangan, pekerjaan  dan jumlah tanggungan yang berbeza-beza. Nilai kemampuan diri anda dan sesuaikan dengan plan takaful perlindungan pendapatan yang mampu dibayar tanpa gagal setiap bulan.

Jika tak boleh tinggalkan nilai 1 juta untuk keluarga, jangan pula tiada apa langsung yang ditinggalkan. Biar kecil nilainya, tapi masih ada juga nanti untuk membantu keluarga anda di saat-saat yang sukar sekiranya terjadi sesuatu kepada anda.

Dapatkan khidmat nasihat daripada ejen takaful untuk maklumat yang lebih terperinci dan mintalah cadangan plan yang paling sesuai untuk situasi dan kemampuan kewangan anda.

 

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan