Kenapa Setiap Keluarga Perlu Ambil Takaful ?



takaful AIA

 Apabila anda sudah berkeluarga,pastinya faktor kewangan, kesihatan , keselamatan dan kesejahteraan keluarga menjadi prioriti paling utama anda.

Tapi dalam kita merancang yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga, hakikatnya, kita semua tidak lepas dari berhadapan dengan risiko kematian, hilang upaya dan penyakit (3D; death, disability & disease).

Tahukah anda, takaful memberi sangat banyak manfaat buat kewangan dan kehidupan anda sekeluarga sekiranya ditakdirkan berlaku sesuatu yang buruk pada diri anda?

 

 Mengapa anda perlu Takaful Keluarga?

 

Takaful Keluarga Sebagai Pengganti Pendapatan Untuk:


KES HILANG UPAYA KEKAL ATAU SAKIT KRITIKAL


kenapa perlu takaful

Plan takaful penggantian pendapatan bertindak melindungi punca kewangan utama keluarga, sekiranya ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas diri anda sehingga hilang upaya dan tidak mampu lagi bekerja.

Apabila anda disahkan ada penyakit yang kritikal, pastinya perlu berulang alik dengan kerap untuk mendapatkan rawatan di hospital. Cuti sakit yang diambil pastinya sangat banyak. Lama-kelamaan, cuti akan habis dan majikan tiada pilihan lain selain daripada memberhentikan anda.

Siapa yang akan menyara keluarga anda selepas anda kehilangan pekerjaan? Bil-bil perubatan anda yang tinggi, siapa yang nak tolong bayarkan?Bukan semuanya dilindungi oleh kad perubatan dan pasti ada kos yang perlu dibayar sendiri.

 Bil-bil rumah dan hutang bulanan yang lain siapa nak bayarkan? Anda tetap kena bayar walaupun sakit.

 

Jadi, di sinilah perlunya pampasan penyakit kritikal supaya dapat meringankan sedikit bebanan  keluarga.

 

Situasi lain, sekiranya anda kemalangan dan hilang upaya kekal sehingga tak mampu lagi bekerja, pendapatan keluarga pastinya terjejas. Mana nak cari duit untuk belanja harian dan kos rawatan serta penjagaan diri anda yang terlantar?

Perkara ini insyaAllah terjaga sekiranya anda bersedia dengan plan takaful yang menyediakan pampasan apabila berlaku kehilangan upaya atau sakit kritikal.


Paling penting, anda perlu pastikan plan yang anda ambil mempunyai ‘waiver’ untuk sakit kritikal dan hilang upaya. ‘Waiver’ ni penting untuk anda terus dapat manfaat takaful tanpa perlu bayar bulanan apabila anda disahkan sakit atau hilang upaya. Tak semua plan takaful ada ‘waiver’ ni. Pastikan anda check betul-betul ya.

Dan lagi satu yang penting, check juga pampasan untuk penyakit kritikal akan diberikan untuk tahap penyakit yang mana? Ada plan takaful yang akan cover dari stage awal penyakit dan ada juga yang hanya akan cover stage akhir penyakit sahaja.

 

KES KEMATIAN

 

takaful AIA

Sekiranya berlaku kematian pula, anda boleh bayangkan tak, apa yang akan terjadi kepada isteri dan anak-anak anda? Paling tragis, kalau anda meninggal dalam keadaan  tiada wang simpanan, isteri anda surirumah yang tiada pendapatan tetap dan anak-anak anda masih kecil.

Kematian itu pasti datang, Cuma yang kita tak tahu, bila dan bagaimana kita akan mati. Hari ini pergi kerja naik motor, selamat. Tapi balik nanti belum tentu selamat sampai rumah. Di tempat kerja pun macam-macam risiko  kemalangan ada. Pendek kata, kita ni sebenarnya sepanjang masa terdedah dengan risiko kematian.

 Plan takaful ini sangat penting bagi menjamin keluarga anda tidak akan hidup melarat dan terpaksa meminta-minta selepas ketiadaan anda.

Isteri anda dah tak perlu nak fikir tentang belanja makan, belanja sekolah anak, belanja perubatan anak dan juga komitmen-komitmen lain selepas anda pergi, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang mencukupi sementara nak adjust dengan kehidupan yang baru.

 

HUTANG

takaful keluarga AIA


Apabila anda sakit, terlantar, hilang upaya atau pun meninggal dunia, hutang tetap hutang dan jumlahnya tak akan susut kalau tak bayar. Kalau hutang jenis hutang rumah yang memang ada takaful tu, yang tu tak perlu risau kalau berlaku kematian sebab syarikat takaful yang akan settle kan hutang tu untuk anda.

Yang dirisaukan ialah hutang-hutang lain yang tersembunyi atau pun yang keluarga anda dah tahu.

Mampukah keluarga nak bayar hutang-hutang anda tu nanti apabila anda dah tak mampu nak bekerja, hilang punca pendapatan atau pun meninggal dunia?

Kalau anda memang kategori super rich, mungkin tiada masalah langsung sebab duit anda sampai 7 keturunan pun tak akan habis digunakan.

Tapi kalau anda hanyalah manusia biasa yang pendapatan pun biasa-biasa saja, eloklah fikirkan perkara ini.

Kalau anda sakit atau mati, keluarga anda masih perlu teruskan hidup. Semua pun perlukan duit. Lepas tu nak tanggung hutang anda lagi?

Ish…kesianlah pada isteri anda tu. Sebab tu pentingnya ambil takaful yang boleh bagi pampasan sekiranya berlaku 3 benda tadi iaitu sakit kritikal, hilang upaya kekal atau pun kematian.

Pampasan tu nanti boleh digunakan untuk bayar hutang-hutang anda sebelum anda meninggal dunia. Sebab tu juga penting untuk ambil plan yang pampasannya tinggi sedikit supaya lepas bayar hutang, masih ada lagi duit yang tinggal untuk cover perbelanjaan yang lain-lain.

 

 KESIMPULAN

 

takaful keluarga

Caruman takaful ialah satu komitmen kewangan dan persediaan terbaik  buat diri anda dan keluarga bagi menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini.

 Sedikit peruntukan kewangan setiap bulan anda untuk caruman takaful akan menjadikan  anda sekeluarga lebih tenang kerana tahu ada ‘tabung’ kecemasan apabila diperlukan nanti.

 Para suami yang bertanggungjawab wajib mengambil plan takaful demi kesejahteraan keluarga anda. Biarlah kita tinggalkan mereka dalam keadaan yang tidak terbeban dengan hal-hal kewangan termasuklah hutang-hutang.

Dalam hidup ni, janganlah kita asyik merancang perkara yang happy happy sahaja sehingga lupa untuk bersedia dengan kematian atau musibah.

Perlindungan takaful insyaAllah boleh menyediakan diri anda dan keluarga,  dari segi kewangan untuk berhadapan dengan risiko kejadian luar jangkaan dalam kehidupan.

 

 

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan