COVID-19


covid-19 takaful

COVID-19 ialah singkatan daripada Corona Virus Disease yang pertama kali dikesan pada penghujung tahun 2019. Virus Corona boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dan juga paru-paru yang teruk.

 

Antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk ialah

  • Golongan warga emas
  • Golongan yang mempunyai penyakit kronik sedia ada seperti masalah jantung, hipertensi, talasemia,asthma dan buah pinggang
  • Bayi dan kanak-kanak kerana tahap imuniti badan masih lemah
  • Golongan yang mengalami masalah obesiti
  • Ibu hamil
  • Perokok

 Apakah tanda-tanda utama jangkitan COVID-19 ?

covid-19 AIA

  • Demam
  • Batuk
  • Banyak kahak
  • Hilang selera makan
  • Sukar bernafas
  • Keletihan

  • Sejuk sehingga menggigil
  • Sakit badan
  • Sakit tekak
  • Hidung berair/ hidung tersumbat
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Loya
  • Cirit-birit

 

Virus Corona ini boleh menyebabkan pneumonia, kegagalan sistem pernafasan, masalah jantung, masalah hati, kejutan septik dan juga kematian. Terdapat juga pesakit yang mengalami masalah darah beku pada Kawasan kaki, paru-paru dan arteri.

Kebanyakan komplikasi COVID-19 adalah berpunca daripada perlepasan bahan kimia cytokine oleh sistem imuniti badan. Cytokine ini boleh menyebabkan keradangan, membunuh tisu-tisu badan dan merosakkan organ dalaman pesakit.

 Terdapat dua kategori pesakit COVID-19 iaitu yang mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas dan ada juga pesakit yang telah dijangkiti tetapi tidak mempunyai sebarang gejala.

 

Bagaimana Virus COVID-19 Tersebar?

Ia biasanya tersebar daripada titisan cecair badan semasa seseorang yang telah dijangkiti batuk atau bersin. Sekiranya anda berada berdekatan dengan orang yang telah dijangkiti pada masa ini, kebarangkalian untuk anda turut sama dijangkiti adalah sangat tinggi.

Anda juga boleh terkena COVID-19 apabila menyentuh kawasan atau permukaan yang mempunyai virus di atasnya. Apabila anda menyentuh permukaan dengan tangan dan kemudian menyentuh pula Kawasan muka anda sama ada mulut, hidung atau mata, jangkitan boleh berlaku.

Kajian menunjukkan bahawa virus Corona ini boleh hidup selama beberapa jam di atas permukaan sesuatu benda. Oleh itu, Langkah paling bijak ialah dengan selalu mensanitasi permukaan itu dengan kerap.

 

Cara Mencegah Daripada Dijangkiti COVID-19


takaful covid-19 AIA


Selain itu, cara paling baik untuk mengawal penularan COVID-19 ialah dengan kerap membersihkan tangan dengan menggunakan air dan sabun. Sekiranya anda berada di luar, amalkan penggunaan hand sanitizer . 

Pengamalan penjarakan sosial juga sangat penting kerana kita tidak tahu siapa di antara kita yang membawa virus ini. 

Sekiranya anda perlu keluar rumah untuk bekerja atau membeli barang keperluan, jangan lupa untuk memakai topeng muka yang bersesuaian.

Anda juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan, rajin bersenam dan kurangkan stress. Semua ini penting bagi membina ketahanan badan dan meningkatkan imuniti tubuh anda bagi melawan jangkitan.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan