Penangguhan Pembayaran Caruman Takaful AIA semasa Perintah Kawalan Pergerakan
![]() |
Penangguhan Pembayaran Caruman Takaful AIA |
Penangguhan Pembayaran Premium Takaful AIA di Bawah Program Bantuan Covid-19
Apakah maksud pengguhan pembayaran caruman takaful AIA ini? Penangguhan ini bermaksud pemegang polisi yang layak untuk memohon penangguhan sementara ini bagi pembayaran premium/caruman. Sepanjang tempoh penangguhan pembayaran ini, perlindungan insurans/takaful keluarga akan berterusan.
Pemegang polisi dibenarkan menangguhkan pembayaran premium atau caruman mereka selama 3 bulan berturut-turut jika permohonan untuk penangguhan pembayaran mereka diluluskan oleh AIA.

Perhatian: Jika diluluskan oleh AIA sahaja!
Memandangkan ini bukan program pengecualian premium atau caruman, pemegang polisi perlu membayar balik premium atau caruman yang tertunggak sebaik sahaja tempoh penangguhan berakhir untuk memastikan polisi kekal aktif dan tidak terjejas.
Permohonan untuk penangguhan pembayaran premium atau caruman adalah bermula dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh). Permohonan anda mesti diterima oleh pihak AIA dalam tempoh ini.
Harap maklum bahawa kelayakan adalah tidak automatik. Pemegang polisi atau sijil yang layak perlu membuat permohonan untuk penangguhan pembayaran dan permohonan mereka adalah tertakluk kepada kelulusan AIA.
Para pemohon perlu memenuhi kriteria di bawah:
(a) Pemegang polisi/sijil telah dijangkiti COVID-19, atau diwajibkan untuk dikuarantin di rumah akibat kontak dengan pesakit COVID-19, atau mengalami kehilangan pendapatan disebabkan impak ekonomi akibat pandemik ini,
(b) Polisi insurans hayat/sijil takaful yang aktif dengan tarikh pembayaran premium/caruman di antara 18 Mac 2020 dan 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh),
(c) Pembayaran premium atau caruman polisi adalah tetap tanpa mengira kekerapan pembayaran.

Perhatian: Anda perlu membayar 3 bulan caruman tertunggak tersebut!
![]() |
Penangguhan Pembayaran Caruman Takaful AIA 3 bulan |
Pilihan untuk menangguhkan pembayaran hanya terbuka kepada pemegang polisi insurans hayat individu AIA Bhd. dan pemegang sijil AIA PUBLIC Takaful Bhd. sahaja. Ia tidak terpakai bagi pelan insurans am yang disediakan oleh AIA General Berhad.
Permohonan adalah melalui emel ke my.relief@aia.com,
atau menghantar surat terus ke pejabat AIA atau melalui Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan anda (selepas tamat tempoh MCO).
E-mel/surat anda harus mempunyai tajuk subjek dan kandungan yang dicadangkan, beserta dokumen-dokumen sokongan berikut:

Sebab:
1) Dijangkiti COVID-19, dan/atau Diwajibkan untuk dikuarantin di rumah akibat kontak dengan pesakit COVID-19, dan/atau Kehilangan pendapatan, contohnya diberhentikan kerja, waktu bekerja dipendekkan atau pemotongan gaji dan komisen (sila nyatakan jenis pekerjaan/perniagaan/industri, pekerjaan/bekerja sendiri/pemilik perniagaan)
Contoh dokumen-dokumen sokongan:

- Surat pengesahan jangkitan COVID-19 daripada doktor (jika pemegang polisi/sijil dijangkiti), atau
- Surat Pemotongan Gaji/Surat Pemberhentian Kerja dari majikan, atau
- Surat Penutupan bagi perkhidmatan tidak penting (non-essential) oleh Pemilik Perniagaan, atau
- Bukti atau dokumen lain yang relevan, jika berkenaan (contohnya: notis penutupan pusat penjaja)
Contoh Emel atau surat Permohonan Penangguhan Pembayaran Caruman Takaful AIA:
PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM/CARUMAN UNTUK POLISI/SIJIL YANG DIMILIKI OLEH <NAMA PEMILIK POLISI/SIJIL>
Saya ingin memohon penangguhan pembayaran premium/caruman bagi polisi/sijil yang berikut:
<nyatakan nombor polisi/sijil>
Sebab:
Disertakan bersama adalah salinan dokumen-dokumen dan/atau justifikasi untuk rujukan anda.
Minat Medical Card? Whatsapp Segera = www.wasap.my/60134555888/PromoMedicalCardAIA
Minat Hibah Takaful? Whatsapp Segera = www.wasap.my/60134555888/PromoHibahTakaful