Pelan Simpanan Berkala Patuh Syariah AIA Public Takaful

Pelan Simpanan Berkala Patuh Syariah AIA Public Takaful


Pelan Simpanan Berstruktur AIA Public Takaful
Pelan Simpanan Berstruktur AIA Public Takaful
Ramai yang mencari tempat untuk menyimpan dengan hasrat agar simpanan tersebut terjamin dan mempunyai pulangan yang baik dan stabil. Kami memahami hasrat tersebut. Saya akan perkenalkan kepada anda satu pelan simpanan berstruktur yang mana ia mempunyai pulangan dan disertakan dengan kelebihan dalam bentuk perlindungan nyawa yang tinggi dan berbaloi.

Jika ada yang bertanya, siapakah AIA Public Takaful ni? Bagus ke? Hebat ke macam bank atau institusi pelaburan yang lain?

details AIA ALSi
details AIA ALSi

Quick Story:

Ramai yang tak tahu, AIA Public Takaful Bhd dimiliki secara bersama oleh AIA Co Ltd, Public Bank Berhad dan Public Islamic Bank Berhad (sebuah anak syarikat milik penuh Public Bank Berhad). Ya, AIA Public Takaful memang syarikat takaful islamik yang dimilik bersama oleh AIA, sebuah syarikat gergasi antarabangsa dan bank tempatan yang berpengaruh besar iaitu Public Bank. Sekarang, anda dah mula yakin dengan kekuatan AIA Public Takaful?

Rancang Perlindungan dan Simpanan Diri dan Keluarga ALSi
Rancang Perlindungan dan Simpanan Diri dan Keluarga ALSi

Sebelum tu, lebih baik kita memahami sebagai orang islam, apakah yang boleh berlaku dalam kehidupan kita. Secara umumnya ada 3 situasi:

1) Bila sudah tiada atau meninggal dunia
2) Bila berlaku sakit kritikal atau kemalangan, hilang upaya sehingga putus punca pendapatan
3) Sihat 

Harapan kita adalah supaya kita sentiasa sihat dan dapat bersara dengan simpanan yang telah dibuat untuk dinikmati di usia persaraan. Betul tak?

TPD AIA ALSi
TPD AIA ALSi


Namun, 2 faktor ketidaktentuan, iaitu kematian dan hilang upaya kekal adalah faktor yang selalu terlepas pandang kerana mungkin tiada pendedahan dan tidak difikirkan dan dirancang secara serius.

Jika meninggal dunia = Bagaimana waris nak meneruskan kehidupan jika tiada pendapatan dari suami dan kelewatan urusan pengurusan pusaka untuk mencairkan pusaka untuk kegunaan waris.

Jika hilang upaya kekal akibat penyakit kritikal atau kemalangan = Bagaimana anda yang masih hidup tapi hilang upaya seterusnya hilang pekerjaan, nak survive? Perlu jual rumah atau tanah untuk tampung kehidupan?

Baik, apabila kita faham 3 situasi di atas, saya nak beritahu bahawa pelan simpanan ini boleh mengatasi ketiga-tiga permasalahan di atas dalam satu pelan. Hebat kan?


AIA ALSi 10 years pay only
AIA ALSi 10 years pay only

Saya cadangkan agar simpanan ini dibuat selama 10 tahun sahaja dan hasilnya dinikmati sehingga anda berumur 70 tahun. Tak PERLU bayar sampai umur 70 ye....cukup 10 sahaja. Ok tak pelan simpanan macam ni?

Bayar Umur 35 - 45 tahun
Stop Bayar Umur 46 tahun
Nikmati perlindungan sampai Umur 70 tahun
* Perlindungan bermula umur 35 - 70 tahun


Saya bagi contoh:
* ini adalah anggaran sahaja, lebih tepat, sila isi borang quotation AIA di bawah untuk semakan anggaran lebih tepat.


AIA ALSi
AIA ALSi

Umur 35 tahun:
(Lelaki, tidak merokok, bekerja pejabat)
Pilih perlindungan hibah RM500K + A-Plus Waiver-i
Simpanan selama 10 tahun SAHAJA
Bulanan RM762.91
Apabila berumur 70 tahun = Faedah Matang + Faedah Pendorong Kematangan
                                           = RM241,600 + RM48,320 
                                           = RM289,920
Kiraan Pelan ALSi AIA Public Takaful
Kiraan Pelan ALSi AIA Public Takaful

Jom buat kiraan kasar:

Modal = RM762.91 X 12 bulan X 10 = RM91,549.20

Untung bersih:

= ((Untung - Modal ) / Modal ) X 100%
= ((289920 - 91549.20) / 91549.20) X 100%
217%


ok la kan untung 217% ...takde la janji gila gila macam MLM tapi ini dah cukup berbaloi pada saya dengan faedah lain yang disertakan bersama pelan ini. Yes, value for money.


3 situasi A-Life SIgnature-i ALSi
3 situasi A-Life SIgnature-i ALSi

Ada 3 keadaaan yang anda perlu pertimbangkan:

1) Kalau anda hidup sihat sampai umur 70, anda bersara, anda dapat anggaran RM289,920 iaitu 217%


2) Kalau anda hilang upaya kekal akibat penyakit kritikal atau akibat kemalangan, sebelum umur 70 tahun, anda dapat RM500K atau duit pelaburan semasa ketika itu (yang mana lebih tinggi).

3) Kalau berlaku kematian awal sebelum berumur 70 tahun, waris anda akan dapat:

  • RM500K jika kematian biasa (100%)
  • RM1 Juta jika kematian akibat kemalangan (200%)
  • RM1 Juta jika kematian ketika melaksanakan umrah (200%)
  • RM1 Juta jika kematian ketika melaksanakan haji (200%)
  • RM1.5 Juta jika kematian ketika menggunakan pengangkutan awam (300%)
  • RM3 Juta jika kematian akibat bencana alam (600%)
Fuh semua jenis kematian di atas ni memang main juta juta dan waris anda pasti senang kan? Terjamin kerana sifat hibah tidak perlu dibicarakan secara faraid dan melalui Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi. Kalau anda ada pengalaman urus pusaka, anda pasti faham maksud saya kan?

Rumusan Perbandingan Situasi AIA A-Life Signature-i (ALSi)


PERBANDINGAN SITUASI ALSi
JIKA HIDUP DAN BERSARA UMUR 70
(CONTOH DI ATAS)
JIKA HILANG UPAYA KEKAL SEBELUM UMUR 70
JIKA BERLAKU KEMATIAN SEBELUM UMUR 70
*Simpan Bulanan RM762.91
 

*Total Simpan 10 tahun RM91,549.20

*Total Untung Dari Polisi Matang RM289,920


Anda Dapat RM500K Untuk SURVIVAL HIDUP dan Polisi Dikecualikan Caruman Sehingga Tahun Ke-10 (A-PLUS WAIVER-i)
Waris Akan Dapat:
 

*100% Kematian Biasa RM500K
 

*200% Kematian Akibat Kemalangan/Umrah/Haji RM1 JUTA
 

*300% Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam RM1.5 JUTA
 

*600% Kematian Akibat Bencana Alam RM3 JUTA
UNTUNG BERSIH RM198,370.80 atau 217%
 
* Ini baru perlindungan RM500K. Kalau buat RM1 Juta atau RM1.5 Juta, mesti lagi tinggi kan untuk waris?
pengeluaran akaun simpanan AIA ALSi
pengeluaran akaun simpanan AIA ALSi

Soalan ALSi Penting 1

Bagaimana jika anda perlu gunakan duit atau keluarkan duit, yang telah disimpan dalam pelan ALSi? Pada mana mana ketika, sebelum capai umur 70 tahun...

Yes, no problem bos...anda boleh keluarkan nilai Akaun Simpanan semasa anda, bila bila masa dengan syarat, minimum baki perlu ada dalam akaun ALSi adalah RM10,000. Ya, anda tak perlu risau. Anda boleh gunakan duit ini bila bila anda terdesak untuk keluarkan, cuma perkiraan nilai matang akhir 70 tahun akan berbeza.

top up AIA ALSi investment
top up AIA ALSi investment

Soalan ALSi Penting 2

Bagaimana jika saya ingin menambah pelaburan setelah berpuas hati dengan prestasi perkembangan simpanan saya. Bolehkah saya tambah duit pelaburan atau simpanan dalam polisi ini? Ya, ramai yang buat. Anda dibenarkan tambah atau top up minimum RM5,000 per pertambahan. Just maklumkan pada saya untuk kita buat instruction kepada AIA. Ada strateginya...PM saya hehehe.

exclusion pengecualian A-Life Signature-i
exclusion pengecualian A-Life Signature-i

Soalan ALSi Penting 3


Apakah pengecualian untuk ALSi? Apa perkara yang menyebabkan saya tidak dilindungi oleh polisi ini? Berikut adalah antara perkara penting pengecalian A-Life Signature-i:

Sebarang tuntutan kematian yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah ALSi:

Kematian akibat bunuh diri ketika siuman atau tidak siuman dalam tempoh 1 tahun dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian. Liabiliti AIA PUBLIC Takaful Bhd. akan terbatas kepada pembayaran balik Nilai Akaun. Selepas itu, Sijil ini akan ditamatkan.


Sebarang tuntutan kemalangan yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah ALSi:

1. Serangan atau pembunuhan; atau
2. Rusuhan dan keganasan awam, tindakan perindustrian atau kegiatan pengganas; atau
3. Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman; atau
4. Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, atau revolusi; atau
5.Perkhidmatan dalam sebarang angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau
6. Perlanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; atau
7. Terlibat dalam sebarang pergaduhan atau perkelahian; atau
8. Kemalangan yang berlaku ketika atau kerana Orang Dilindungi dipengaruhi oleh alkohol, sebarang dadah yang bukan dipreskripsikan atau dadah haram.


Sebarang tuntutan HUMK yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah APDCi:


1. Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman; atau
2. Perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau
3. Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang peranti atau pengangkutan udara melainkan sebagai penumpang berbayar atau ahli krew untuk penerbangan pengangkutan udara komersial di perjalanan penumpang berjadual biasa melalui laluan penumpang yang ditetapkan; atau
4. Sebarang kecacatan kongenital yang telah dipaparkan atau telah didiagnosiskan sebelum umur 17 tahun; atau
5. Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.


Sebarang tuntutan penyakit kritikal yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah APWi:


1. Keadaan sedia ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau
2. Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius, dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh
Mula, yang mana kemudian; atau
3.Semua penyakit kritikal lain dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 30 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau4.Penyakit kritikal yang didiagnosis secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh kecacatan kongenital atau penyakit yang ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum umur 17 tahun; atau
5. Diagnosis dengan Hepatitis Viral Fulminan, Kanser, Ensefalitis, Meningitis Bakteria, Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk atau Penyakit Terminal (Membawa Maut) disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), atau jangkitan oleh sebarang Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV).


Kebaikan A-Life Signature-i
Kebaikan A-Life Signature-i

Baik, anda dah jelas dengan pelan simpanan ALSi ni?

Saya percaya, anda pasti puas hati apa yang di tawarkan dalam pelan simpanan yang unik ini. Ia bukan semata-mata pelaburan, tapi ditambah dengan unsur perlindungan takaful yang tinggi, yang melindungi pelabur itu sendiri sepanjang tempoh 10 tahun pembayaran.

Bayar 10 tahun sahaja....perlindungan PERCUMA sehingga umur 70 tanpa rasa risau kewangan untuk membayar. Cukup umur 70 tahun, anda boleh kutip hasilnya.

Jika ada kecemasan, anda boleh bila bila masa keluarkan duit simpanan ini. No problem bos....

  • Brochure A-Life Signature-i (ALSi):
<Download Here>

Sila whatsapp saya untuk mohon quotation percuma. Saya bantu anda, jom....Plan now!

5 Info diperlukan:

Nama Penuh
Tarikh lahir
Jawatan Pekerjaan
Taraf merokok: ya/tidak
Keperluan Coverage: 500k/1juta/1.5juta/lain?

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/QuotationALSi


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.