Insurans Untuk Syarikat dan Korporat
A-SME Platinum-i
![]() |
A-SME Plus-i Group Takaful untuk Syarikat |
A-SME Platinum-i adalah
satu bentuk Takaful Berkumpulan atau Group Takaful Insurance yang
melindungi pekerja dalam sesebuah syarikat atau organisasi serendah 5 orang(tertakluk syarat dan terma).
3 Kelebihan Utama kepada Syarikat untuk mengambil Takaful Berkumpulan dengan AIA Public Takaful:
1- Dapat menjimatkan kos kerana boleh digunakan untuk potongan cukai pendapatan syarikat dan menjaga kebajikan pekerja sekaligus.
2- Mengekalkan prestasi pekerja
3- Mengekalkan kesetiaan pekerja di dalam sesebuah syarikat kerana kelebihan "kemudahan kesihatan" terjaga.
Untuk
sesebuah syarikat atau organisasi menarik, memotivasi dan mengekalkan
pekerja yang baik adalah satu cabaran yang besar. Pekerja anda merupakan
penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang
bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam
kesejahteraan mereka. Kemudahan perubatan atau kesihatan staf adalah
asas dan jika kemudahan asas pun tak dapat disediakan, pasti staf atau
pekerja akan melompat ke syarikat lain dalam masa 1-2 tahun.
Melaburlah
di dalam A-SME Platinum-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda
akan dijaga degan baik. Pekerja yang bekerja di syarikat anda bukan
sahaja bekerja, tapi mereka berasa seperti dilindungi dalam satu
keluarga yang lebih besar.
A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana terutamanya untuk 5-150 orang pekerja.
A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana terutamanya untuk 5-150 orang pekerja.
Ia
menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka
seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal dan kos perubatan
yang semakin meningkat. Disamping itu, pihak pengurusan syarikat juga
boleh dilindungi dalam pelan yang berasingan dalam pakej yang sama
contohnya, Pihak Pengurusan A, Pihak Pengurusan B dan seterusnya. Dengan
ini, pihak pengurusan juga akan berasa lebih selesa dan terjamin dan
akan terus kekal dalam syarikat walaupun mendapat tawaran gaji lebih
besar.
Faedah Asas Perubatan
Kemasukan ke Hospital
Lindungi para pekerja
anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini,
mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan.
Terdapat 5 pelan yang
menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM20,000 hingga ke RM200,000. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan
yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk
menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.
Faedah Asas Takaful Bertempoh
Kumpulan Faedah Takaful
Faedah Takaful
Bertempoh menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira
berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan
pekerja di antara 11-150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti sebanyak RM200,000
tanpa perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C).
Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh
Sekiranya pekerja
kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi
daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa
tersebut.
Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian
Ganti rugi akan dibayar
mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah
sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh
penyakit atau kemalangan.
Penyakit Terminal
Pampasan akan dibayar
sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit
Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.
Perbelanjaan Penghantaran Pulang
Meliputi perbelanjaan
untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa
Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.
Faedah Pilihan Perubatan
Penjagaan Pesakit Luar (Klinik Panel, GP - General Practitioner)
Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit
luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini,
pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi
kemasukan ke penjagaan di Klinik Panel yang berkualiti. Berserta dengan
pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan
kesihatan yang komprehensif.
Faedah Pilihan Takaful Bertempoh Kumpulan
Penyakit Kritikal
Penyakit yang serius
boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis penyakit kritikal, ganti
rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.
Faedah Pilihan Perubatan atau Takaful Bertempoh
Kumpulan
Saringan Eksekutif
Sekarang anda mempunyai
peluang untuk menyediakan faedah tambahan tahunan kepada pekerja anda.
Penyaringan kesihatan ini merupakan langkah pencegahan, menyediakan maklumat
perubatan yang munasabah untuk fokus terbaik bagi kesihatan.
Ciri-Ciri
Penjagaan Perubatan tanpa Bayaran Tunai (Klinik Panel GP dan Hospital Panel)
Perlindungan penjagaan
perubatan pesakit luar tanpa bayaran tunai kepada Ahli/Tanggungan yang
Dilindungi di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara. Dengan
menunjukkan Kad ID Ahli AIA PUBLIC bersama kad pengenalan,
Ahli/Tanggungan yang Dilindungi akan menikmati kemudahan penjagaan pesakit luar.
Semasa kemasukan ke
hospital, Ahli/tanggungan yang Dilindungi akan terus menikmati kemudahan tanpa
bayaran tunai kerana AIA PUBLIC menyediakan perkhidmatan mengeluarkan Surat
Jaminan (SJ) kepada Hospital. Perkhidmatan SJ ini adalah pilihan dan disediakan
untuk caruman yang lebih tinggi serta tertakluk kepada terma dan syarat.
Rangkaian Perubatan
Nikmati sokongan
perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik
di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai
pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital
besar di seluruh negara.
Pusat Panggilan 24 Jam
Bagi pelanggan kami
yang telah mendaftar dengan Faedah Hospital beserta dengan pilihan Surat
Jaminan (SJ), sila hubungi Care Line kami di 1300 88 8933, jika anda memerlukan
SJ untuk kemasukan hospital.
Jenis Pelan yang Fleksibel
Pilih pelan
perlindungan perubatan dan Takaful Bertempoh yang ditawarkan, pelan yang
memenuhi keperluan dan mengikut kemampuan anda.
Pemindahan Perubatan Kecemasan
Meliputi Ahli yang
Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa
kecederaan serius atau penyakit di luar negara, American International
Assistance Service Inc. (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan
Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan
bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.* Setakat ini, Pelan AIA Public Takaful adalah terbaik....Insha Allah...
* Hubungi kami juga jika anda mahu 2nd Opinion untuk memilih yang terbaik untuk syarikat anda. FREE Quotation. Mudah Bincang...
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)
Khidmat Rundingan, Boleh hubungi saya= www.wasap.my/60134555888/AIACorporateMedicalCard