Rahsia Hebat Jimat Loan Untuk Orang Beli Property Rumah dan Kedai: MRTA VS MLTA AIA PUBLIC TAKAFUL


Rahsia Hebat Jimat Loan Untuk Orang Beli Property Rumah dan Kedai: MRTA VS MLTA AIA PUBLIC TAKAFUL


MRTA vs MLTA terbaik Malaysia AIA Public Takaful
MRTA vs MLTA terbaik Malaysia AIA Public Takaful

Buat apa bayar MRTA dalam Pinjaman Rumah/Kedai Mahal-mahal ??????

MRTA MRTT VS AIA Public Takaful


Ramai orang tercari-cari info tentang MRTA VS MLTA atau MRTT VS MLTA ni..baik, biar saya kongsikan.. 

Apabila seseorang membeli rumah, katakan dia buat pinjaman loan rumah atau kedai sebanyak RM200K... dengan memiliki polisi MRTA/MRTT ini... apabila peminjam meninggal.. baki pinjaman perumahan akan di bayar oleh MRTA/MRTT ni... dan ini tidak akan membebankan keluarga yang ditinggalkan dengan hutang bayaran rumah.. ok.. itu secara basic lah..

Pihak bank biasanya akan menasihati peminjam untuk membeli polisi takaful/insurans tempoh gadaian janji berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance/ Takaful atau MRTA/MRTT) dimana premium polisi ini dibayar secara premium tunggal dan biasanya akan dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan. Pihak bank turut mengenakan faedah keatasnya. SAYA ULANG SEKALI LAGI....PIHAK BANK MENGENAKAN FAEDAH KEATASNYA JUGA! Giler banyak dah kena bayar tu!

Bank Negara tidak pernah meletakkan syarat bahawa peminjam wajib mengambil polisi MRTA/MRTT hanya daripada pihak bank (Ni Ramai Orang Tak Tau!). Sekiranya peminjam merasakan ada pelan takaful/insurans yang lebih baik ditawarkan, maka peminjam boleh memilih pelan berkenaan dan kemudiannya membuat penyerahan dokumen hak mutlak (consignment letter) kepada pihak bank sebagai jaminan.

Apa Teknik Rahsia nak JIMATKAN bayaran MRTA ni? Ok.. sebenarnya anda boleh menggantikan MRTA/MRTT ini dengan Pelan yg mirip MRTT/MLTT dari AIA Public Takaful dengan lebih banyak DAN lebih baik keistimewaannya iaitu pelan MLTA AIA Public Takaful. 

Dengan Sum Covered yang sama (contohnya RM200k).. anda mendapat lebih manfaat seperti medical card, penyakit kritikal, elaun tunai harian, ECU, free caruman jika penyakit kritikal pulangan pelaburan dan macam-macam lagi berbanding dengan memiliki hanya single MRTA/MRTT dari bank.

Rasa rugi tak bayar MRTA tapi cover hanya SATU benda jer..siap kene faedah lagi! giler...

Ok sebagai contoh.. En. Abu berumur 35 tahun membeli rumah teres berharga RM200k dan beliau membuat pinjaman penuh sebanyak RM200k.. katakan ajal dah sampai ketika umur dia 45 tahun.. so, sekiranya dia memiliki MRTA/MRTT, baki pinjaman perumahan beliau (lebih kurang dalam RM90k) akan dibayar oleh MRTA berkenaan. So, waris dapat rumah percuma.. Bagaimana pulak kalo En. Hasan kene salah satu 36 penyakit kritikal??? adekah MRTA/MRTT akan cover??? Sebahagian besar MRTA/MRTT hanya cover utk kematian & TPD (hilang upaya) sahaja.. So, En. Abu terpaksa bayar loan hingga habis walaupun keadaan kesihatan yg tidak sihat & mungkin kene berhenti kerja.. (kalo dah sakit mana majikan nak amik keje lagi) secara logiknya la... So, bebanan akan dipikul oleh ahli keluarga la plak..

Tetapi situasi berbeza sekiranya beliau menyertai pelan AIA Public Takaful (MRTT/MLTT). Katakan dia memiliki polisi MRTT/MLTT AIA yg mempunyai sum covered RM200k... ok, dan beliau meninggal pada umur 45 tahun, jadi... waris/keluarga beliau boleh menggunakan wang pampasan RM200k + wang pelaburan (takaful saver/investment) untuk melunaskan hutang rumah sekaligus. Seperti kes di atas.. mungkin baki pinjaman hanya RM90k.. jadi keluarga beliau sekurang2nya mendapat lebihan sebanyak RM110k+++ untuk tujuan pelbagai.. persekolahan anak2.. dan sebagainya... Untung bukan.. Jadikanlah Rumahku Syurgaku bukannya Rumahku Bebananku...

Kelebihan MLTA berbanding MRTA


1) Mempunyai nilai tunai (cash value) di mana apabila peminjam habis membayar pinjaman perumahan, peminjam bakal memiliki kedua-duanya iaitu rumah yang telah habis dibayar & polisi hayat. Sebaliknya, bagi MRTA/MRTT polisi akan tamat selepas pinjaman habis dibayar. Senang cerita lepas habis loan rumah anda selama 25-30 tahun tu, anda akan dapat cash value daripada investment link pelaburan dalam Takaful yang anda bayar. Ini seolah-olah premium yang anda bayar setiap bulan untuk gantikan MRTA telah dipulangkan kembali kosnya, siap untung lagi. Best kan?

2) Insurans hayat MLTA/MLTT menawarkan dividen & bonus bagi setiap ringgit yang dicarum serta peningkatan nilai perlindungan. Berbeza dengan MRTA/MRTT, jika bayaran MRTA/MRTT dicampur ke dalam pinjaman, peminjam akan dikenakan pula bayaran faedah sepanjang tempoh bayaran pinjaman tersebut.

3) Tidak perlu mengambil takaful/insurans hayat yang berlainan sekiranya ingin membuat pembiayaan semula (refinancing) atau sekiranya ingin menukar untuk perlindungan pinjaman rumah baru. Tahukah anda, jika anda refinance rumah atau refinance kedai, MRTA tadi akan burn! Gilerlah rugi besar. Dengan adanya MLTA/MLTT anda hanya perlu membuat penukaran penyerahan hak mutlak (reassignment). Jumlah caruman juga tidak berubah kecuali jika ingin membuat penambahan perlindungan mengikut nilai pinjaman yang baru. Maknanya, bagi kaki property, anda boleh guna MLTA yang sama untuk ganti MRTA pembelian property yang lain. Memang giler jimat banyak!

4) Turut melindungi 36 penyakit kritikal dan pengecualian dari membayar premium sekiranya ditimpa salah 1 penyakit kritikal. Bukan setakat perlindungan kematian/hilang upaya kekal seperti yang ditawarkan oleh MRTA/MRTT. Tahukah anda, kalau anda lumpuh, loan rumah anda tetap perlu dibayar. MRTA hanya cover jika berlaku kematian. Tapi dengan coverage menyeluruh daripada takaful MLTA AIA Public Takaful, anda akan rasa lebih selamat dan terjamin.

5) Sekiranya berlaku kematian, pihak MRTA akan membayar baki pinjaman belum selesai kepada pihak bank dan proses ini BUKANNYA BERLAKU SECARA AUTOMATIK. Anda perlu beritahu atau ajar kepada waris anda untuk uruskan hal tuntutan MRTA ini. Jika tidak, surat amaran tak bayar pinjaman akan dihantar kepada waris anda. Berbeza dengan MLTA Aia Public Takaful, baki pinjaman anda akan diselesaikan dan jumlah pembayaran yang telah dibuat semasa pemegang polisi hidup akan di hibahkan kepada waris. Wow! Ini sangat membantu waris anda meneruskan hidup. Kalau dah bayar rumah selama 15 tahun, maka bayaran bulanan rumah X 15 X 12. Banyak tu!

Contoh:

Jika guna MLTA atau MLTT
Loan 25 Tahun, sebulan bayar RM1000.00
Berlaku kematian pada tahun ke 5 pinjaman:
- Baki loan 20 tahun tu, MLTA settle kan.
- Bayaran RM1000 X 5 Tahun X 12 Bulan = RM60K akan dihibah kepada waris!
- Rumah dah di settlekan baki hutang, akan diberikan oleh Bank kepada waris!

Jika guna MRTA atau MRTT:
Berlaku kematian pada tahun ke 5 pinjaman:
- Baki loan 20 tahun tu, MRTA settle kan (dengan syarat BLR masih dalam coverage perjanjian MRTA, kalau lebih waris kene settle kan..ribu2 jugak lah).
- Rumah dah di settlekan baki hutang, akan diberikan oleh Bank kepada waris. Itu sahaja. No cash bayaran dah buat selama 5 tahun tersebut. Harap-harap anda ada sediakan cash yang banyak untuk waris anda teruskan hidup...at least ade rumah la kan? huhu..rase tak cukup setakat rumah...
6) Caruman yang lebih fleksibel dimana peminjam boleh memilih untuk mengambil perlindungan hayat, penyakit kritikal, perubatan, pelaburan atau lain-lain mengikut kemampuan masing-masing. Jika anda gantikan MRTA dengan MLTA Aia Public Takaful, anda fleksibel. Tidak semata-mata coverage hayat untuk ganti MRTA. Anda boleh gabungkan dengan medical card sedia ada dan juga boleh tambah nilai pelaburan untuk untung lebih besar dan juga boleh tambah rider kemalangan supaya lebih coverage tanpa ambil polisi insurans berasingan. Ini adalah kaedah jimat yang ramai orang buat. Gabungkan semua keperluan insurans anda dalam satu teknik ganti MRTA sahaja. Tak perlu beli insurans nyawa di syarikat A, beli medical card di syarikat B dan beli insurans tambahan di syarikat C.

7) Mempunyai nilai tunai (cash value) yang boleh digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman sepenuhnya kepada pihak bank atau memendekkan lagi tempoh pembayaran pinjaman sambil mengekalkan perlindungan takaful/insurans hayat itu sendiri.

Jika anda dalam PROSES MEMBELI RUMAH atau MEMBELI KEDAI...
Jika anda BELUM SIGN AGREEMENT LOAN BANK LAGI...

* Sila beritahu pegawai bank yang anda pilih untuk buat loan tersebut untuk jangan masukkan MRTA. Katakan pada mereka anda nak buat MLTA Takaful.
* Anda mungkin dipujuk rayu untuk teruskan sign MRTA tersebut. Terpulang kepada anda. Jika sayangkan duit...jika mahu jimatkan bayaran bulanan, jika ingin coverage lebih baik..

Jika anda berminat dengan apa yang kami tawarkan:


Pasti berbaloi...

* Pengalaman saya, jika anda buat permohonan alternatif MRTA selepas loan diluluskan, selalu gagal. Pastikan sebelum anda sign agreement loan.

Jom tengok video untuk pemahaman jelas (Sila Tengok Sampai Habis):




Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)

Sila whatsapp saya untuk mohon quotation percuma. Saya bantu anda, jom....Plan now!

6 Info diperlukan:

Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok ya/tidak
Taraf Kesihatan Sekarang
Loan Rumah nak Cover?

Contoh:
Ali bin Ahmad
11/03/1980
Technician Aircond  <-- jangan technician sahaja.Pastikan nama penuh
Tidak
Sihat
RM300K

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/QuotationMLTT


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.



·                     Award untuk AIA Public Takaful
·                     Kenapa Perlu Ada Medical Card Takaful ?
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Untuk Keluarga
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Untuk Saving Plan
·                     Pelan Early Critical Illness ( ECI ) AIA Public Takaful
·                     Rider Kemalangan Diri atau PA AIA Public Takaful
·                     Tips Pilih Medical Card Takaful
·                     What is AIA Public Takaful ?


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
ü          Pelaburan ASB Terbaik
ü          Pelaburan Unit Trust Terbaik