TIPS PILIH HIBAH TAKAFUL TERBAIK

 

tips pilih hibah takaful


 

Berikut beberapa tips penting dalam memilih plan hibah takaful terbaik. Jom tengok satu-satu.

 

Fahami maksud hibah takaful

Hibah takaful ialah pemberian sejumlah wang pampasan kematian kepada penerima hibah yang dipilih dalam bentuk manfaat polisi takaful. Hibah ini adalah dalam bentuk tertangguh kerana hanya selepas kematian pemilik polisi, barulah wang pampasan dihibahkan kepada penerima melalui tuntutan oleh waris yang dinamakan sahaja. Pemberian hibah yang akan diterima oleh penerima akan berkuat kuasa selepas kematian pemilik Sijil.

 

Fahami kepentingan mengapa perlu buat hibah takaful


hibah AIA


Wang hibah takaful boleh digunakan sebagai ganti gaji yang digunakan bagi menyara keluarga sebelum ini. Hibah takaful menjadi sangat penting terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan bersama anak-anak selepas kematian anda. Duit takaful boleh digunakan sebagai duit survival untuk keluarga meneruskan hidup secara biasa walaupun tanpa kita.

Wang hibah takaful boleh diperolehi dalam masa 7 hingga 30 hari, bergantung kepada seawal mana tuntutan dibuat dan semua dokumen yang diperlukan perlulah diserahkan dengan lengkap. Wang hibah yang akan menjadi sumber kewangan pantas  bagi meneruskan kehidupan selepas kematian pemilik sijil hibah kerana, jIka berlaku kematian, semua harta dan akaun si mati akan dibekukan sementara bagi urusan wasiat atau faraid.

 Apabila akaun bank dan akaun pelaburan dibekukan, waris memerlukan tunai segera untuk kelangsungan hidup. Untuk bayar belanja hidup, bayar bil, bayar duit minyak kereta, van sekolah anak dan sebagainya. Sebab tu hibah takaful adalah perancangan kewangan yang baik untuk perlindungan kewangan kepada keluarga.

Hibah Takaful akan menjadi  instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula

Dengan adanya wang hibah takaful, waris atau pasangan anda yang dinamakan sebagai penerima hibah, boleh menggunakan wang yang diperolehi ini bagi menyelesaikan hutang-hutang yang masih belum habis.

 

Tentukan jumlah pampasan yang diperlukan

Keperluan bulanan setiap keluarga adalah tidak sama. Jumlah pendapatan bulanan pun tidak sama. Oleh itu, dalam memilih jumlah pampasan kematian atau hilang upaya kekal (TPD), anda perlu menjumlahkan semua perbelanjaan bulanan anda termasuk hutang-hutang serta komitmen lain yang perlu dibayar setiap bulan.

 

Mengikut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM), jumlah perlindungan yang disarankan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda pendapatan tahunan yang diterimanya.

Contohnya:

Suhaidi memperoleh pendapatan tahunan sebagai seorang guru sebanyak RM50000, maka jumlah pampasan yang sepatutnya disediakan untuk keluarga ialah sebanyak RM500000 atau lebih.

 

hibah takaful AIA

Mengapa perlukan jumlah begitu banyak ini?

Kita ambil situasi pelanggan yang mengambil hibah RM500000 untuk keluarga.

Belanja bulanan+sekolah anak + hutang/komitmen bulanan= 5000

RM500000 tadi kita tolak dengan hutang-hutang dan kos urusan lain selepas kematian, maka anggaran yang tinggal, RM450000.

Rm450000 bahagikan dengan RM5000 belanja bulanan = 90 bulan

YA! Wang itu hanya akan bertahan dalam tempoh 90 bulan sahaja. 90 bulan bersamaan dengan 7  tahun setengah sahaja. Kalau anak-anak anda semuanya sudah besar-besar, tidak mengapa, tetapi yang dirisaukan ialah anda meninggal ketika anak-anak anda masih kecil dan memerlukan perbelanjaan bulanan,persekolahan dan kesihatan yang banyak sepanjang tempoh membesar.

Jadi, fikirkan sekiranya anda meninggalkan jumlah pampasan yang minimum buat keluarga. Cukupkah? Ya, mungkin cukup untuk tempoh yang singkat sahaja.

Tetapi

lebih baik ada sedikit daripada tiada langsung kan?

 

Tentukan jumlah bayaran bulanan yang sanggup dikeluarkan

Ukur baju di badan sendiri. Begitulah konsepnya. Ya, kalau boleh, semua orang ingin tingggalkan jumlah yang banyak untuk keluarga, tetapi mampukah?

Jangan disebabkan anda terlalu ghairah nak menyediakan kemudahan selepas kematian, kehidupan keluarga pada masa sekarang ini pula terjejas disebabkan wang banyak disalurkan untuk membeli polisi hibah takaful.

Pilihlah jumlah bayaran bulanan yang mampu dibayar dengan konsisten tanpa gagal setiap bulan.

Nanti bila dah meningkat pendapatan, mungkin boleh tambahkan lagi polisi baru untuk tingkatkan jumlah pampasan yang diambil. Biar bermula kecil dan yang mampu dahulu. Jangan tunggu gaji banyak baru nak ambil, takut tak sempat, dah meninggal dan tiada apa yang ditinggalkan untuk anak isteri meneruskan kehidupan.

 

Fahami keseluruhan plan takaful yang diminati


hibah AIA


 

Baca dan kaji sendiri terlebih dahulu dan dapatkan penerangan lanjut daripada perunding takaful.Teliti perkara-perkara di bawah ini:


  • Pilih manfaat yang diperlukan dan risiko yang ingin dilindungi
  • Apa manfaat yang ditawarkan oleh syarikat takaful
  • Tentukan tempoh perlindungan yang dikehendaki
  • Kelebihan dan kekurangan sesuatu plan takaful

 

 

Pilih ejen takaful yang boleh bertindak sebagai penasihat kewangan dan boleh menyesuaikan plan terbaik dengan keperluan dan kemampuan anda. Ejen takaful yang baik juga seharusnya mampu menyediakan  khidmat-selepas-jualan (after sale service) yang baik supaya anda boleh rujuk kembali apabila diperlukan.
 

 

 

 

 Kesimpulannya, menjadi kewajipan ketua keluarga untuk menyediakan jaminan kewangan sekiranya ditakdirkan berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada diri anda. Hibah takaful adalah instrumen kewangan terbaik bagi memudahkan urusan keluarga  selepas kematian anda.

 

Sebenarnya tidak ada istilah “hibah takaful terbaik”, kerana , plan perlindungan  takaful yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat takaful  adalah hampir sama sahaja secara asasnya kerana dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

 

Mungkin akan ada sedikit perbezaan dalam bentuk  tawaran istimewa untuk membezakan produk mereka dengan pesaing lain, namun kerangka asasnya akan tetap sama.

 

Bagi memilih hibah takaful terbaik, kenalpasti apa keperluan, keinginan dan kemampuan diri sendiri dan keluarga. Plan yang terbaik adalah plan yang memenuhi keperluan kita dengan kadar harga yang mampu dibayar secara konsisten setiap bulan.

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

Catat Ulasan

0 Ulasan